Posts

Showing posts from January, 2009

Petua Tangani Stress Di Rumah

Image
Terkadang sabar kita diuji dengan kenakalan anak-anak kecil yang ghairah meneroka alam kanak-kanaknya menuju alam yang lebih matang. Sewajarnya kitalah yang patut mencontohi kesungguhan mereka dalam menerokai alamnya. Kita jualah yang patut memandu arah mereka dalam penerokaan mereka yang sangat bermakna dan menatijahkan sesuatu pelajaran dalam bentuk pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan akad jual beli. 1. Ubah Paradigma Seharusnya kita wajib mensyukuri kerana kita ini dikurniakan anak-anak sebagai penyejuk mata. Mereka ibarat bunga dalam rumahtangga, gelak tawa mereka menjadi penawar hati yang lara dan gulana. Kebiasaannya anak-anak yang nakal dan aktif di usia kecilnya bakal menggegarkan dunia dengan menjadi hamba Allah yang hebat dan bijaksana, insyaAllah dengan berbekalkan guru dan qudwah yang terbaik di sekitaran kehidupannya. 2. Amalan Yang Tidak Patut Ditinggalkan Amalan membaca fatihah iaitu ubat segala penyakit, ayatul Kursi penawar dalam menghalau syaitan (Ummu Syi

"Umi, baca doa....." kata Aliyah

Image
"Ok jom kita solat...."ajak Umi penuh girang.... "Ok, jom Muaz...solat...ambik sejadah tu...." Aliyah mengingatkan adiknya. Umi pun membentangkan sejadah, begitu juga Aliyah Husna yang turut membentangkan sejadah khasnya di sebelah umi...begitu juga Muaz yang terkedek-kedek membawa sejadahnya.... "Allahu akbar Allahu akabar...ashhaduan Lailahaillallah..!!!..Lailahaillallah..." Selesai umi memakai telekung, dan seusai itu juga si Aliyah melaungkan azan... "Umi, baca doa....Aliyah dah azan..ni...".. Umi pun tadah tangan sambil tersenyum....adik Muaznya dah pun tertiarap atas sejadah membuat aksi sujud.... Pintaku, "Ya Allah, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Ya Allah, ampunkanlah aku dan kedua ibu dan bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti" (Ibrahim : 40-41)

Palestin Isu Sejagat

Image
Inilah dia Qiblat pertama kita  Masjidil Aqsa yang menjadi rebutan antara  Muslim, Yahudi dan  Nasrani. Hari ini sudah masuk hari yang ke 13 pembedilan Israel laknatullah ke atas darah suci umat Islam Palestin. Entahkan manusia atau binatang kepala-kepala Israel yang bertindak tanpa sekilas rasa belas dan kasihan. Sehinggakan sekolah dan masjid pun diasak dengan bedilan bom dan roket. Konflik Agama Atau Kemanusiaan? Secara terang dan zahirnya isu Palestine ini timbul berpunca daripada kedua-dua konflik tersebut.  Semua negara di dunia ini adalah negara yang merdeka, namun bagi negara Islam Palestin ini mula dijajah secara rasmi sejak tahun 1948 sehingga sekarang. Kesemua hak mereka dinafikan di mana dalam Persidangan PBB, terdapatnya usul-usul dan resolusi yang mengutuk tindakan Israel, namun usul tersebut hanya menjadi usul di dalam persidangan semata-mata. Tanpa ada tindakan yang sewajarnya. Contohnya ketika pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin oleh Israel, telah diwujudkan satu usul yang