Posts

Showing posts from September, 2009

Tahniah Pak Ngah!!

Image
Tahniah Pak Ngah yang telah berjaya di Majlis Konvo di UTM. Kami berbangga denganmu...semoga menjadi hamba Allah yang berjasa dan melabur amalan soleh untuk bekalan di sana nanti....
Terima kasih atas segalanya..kita punya misi yang harus digalas bersama menuju cita-cita untuk kebahagiaan dua insan yang paling disayangi, dua insan yang terbanyak menabur bakti, dua insan yang sangat mengenali kita iaitu mak dan ayah kita...!!!

Tahniah buat CM Azura!!

Image
Ucapan tahniah buat yang mengecapi kemanisan kejayaan. Inilah bayaran untuk setiap payah dan lelah yang dikorbankan dengan penuh kesungguhan dan pengharapan. Walaupun perkenalan hanya apabila bersua sahaja, namun istimewanya ukhuwwah ini di atas jambatan tulus dan ikhlas, yang sama-sama ingin berada di puncak jaya...Begitulah orang-orang yang positif!!! Positif MINDA, positif TINDAKAN dan positif HASIL!!! Itulah antara intipati yang saya dapat ketika majlis berbuka puasa di Hotel Istana Kuala Lumpur, 6 September lalu. Sangat Positif!!
Carilah rakan yang positif untuk merangsang anda menjadi positif. Pandang sejauh mungkin, fikir selangkau mungkin, usah biarkan dogma kritis menghantui anda lantas memalingkan anda untuk menggenggam kejayaan itu.
Hijrah Menjadi Penawar
Sesekali kita perlu berhijrah, hijrah minda, hijrah persekitaran, hijrah rakan taulan, kerana melalui penghijrahan itu memberikan kita satu suasana baru, nafas yang baru, semangat yang baru. Oleh kerana itu Nabi s.a.w diperin…