pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

TV Sakit




Sepanjang berpantang adalah masa untuk berehat untuk membaiki sistem dalaman dan luaran badan yang sakit di sana dan sini. Itulah pengalaman seorang ibu, mana-mana ibu hatta ibu kita sendiri. 


Kalau kita ada seramai 8 orang adik-beradik, bermakna sebanyak 8 kali itulah ibu kita melalui tempoh rencah alami tubuh ini...Walaupun sakit, namun ibu kita tetap sabar melayan karenah si abang dan si kakak baby....lebih malang andai bila si anak dah besar panjang, sudah boleh "berakal" sendiri....menjadi tuan kepada si ibu dan ayahnya....Na'uzubillahi min zalik..

Masa yang terluang, bercuti di rumah mak, saya gunakan untuk memanfaatkan internet di rumah ..di samping menonton televisyen. Motto TV3 menggunakan "Inspirasi Hidupku'', saya rasakan amat menjengkelkan saya selaku penonton. Memang saya amat jarang menonton TV kerana di rumah tidak memiliki TV, memang sengaja hidup begitu...banyak juga bisikan yang memujuk agar meletakkan kotak menyala dengan saratan cerita dan berita sama ada isinya itu berguna atau tidak di rumah kami....namun..bila kami (Umi dan Abi) muhasabah semula, akhirnya...."Tak payah lah!!"

Cerita yang disajikan kebanyakannya tidak langsung membantu sahsiah diri...cerita hantu, cerita remaja yang tidak langsung menunjukkan teladan yang baik...malah seolah-olah membenarkan perilaku, bercouple, berpegangan tangan sesama ajnabi, berfesyen melampau yang membuka aurat, muzik terkinja-kinja yang lagaknya macam monyet....(geram sangat)....semua itu  merosakkan mata dan minda segar anak-anak kecil....



Tidak banyak cerita yang sepenuhnya Islamik...contohnya Cerita Indon Aqso dan Madina yang tidak konsisten menutup aurat dan masih lagi tidak menjaga batasan sebagai ajnabi. Cerita-cerita sebegini yang sangat panjang episodnya dan jalan ceritanya berbelit-belit agar kita menjadi leka untuk melunaskan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, isteri, suami dan anak. Ustaz Zahazan pernah berpesan tinggalkanlah menonton cerita-cerita yang mengarut contoh macam bawang putih bawang merah sehingga menyentuh dan mengetuk soal akidah, terutamanya bagi suri rumah yang kebanyakan masanya berada di rumah.

Bayangkan!!! Nak mengulas isu ubi (ubi kayu, keledek, kentang dan keladi) pun panggil artis..seperti yang dipaparkan oleh Wanita Hari Ini....first impression kita pun kita boleh nilai sendiri, bukan? Artis yang dipanggil artis dangdut dan artis yang rambut cacak-cacak....Seolah-olah media sekarang ini tidak akan laku seandainya tidak menonjolkan artis....



Kempen yang dianjurkan oleh FOMCA untuk tidak menonton TV selama seminggu mendapat respon yang amat pelbagai. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak terutamanya bagi kedua ibu bapa yang bekerja. Bagi saya, saya amat menyokong kempen ini, selain membanyakkan masa bersama anak-anak dan keluarga, kita secara automatik menyaring bahan yang ditonton oleh anak-anak...

Doakan kami semoga kami boleh bertahan dengan perjuangan ini...ada satu cerita yang saya kira harus saya berkongsi iaitu seorang pensyarah Matrikulasi RPKJ, Universiti Malaya, yang kini tinggal di Putrajaya. Beliau memang tidak pernah membeli TV untuk menjadi antara barangan keperluannya di rumahnya, hatta di biliknya. Walaupun beliau mempunyai sebilangan anak-anak yang meningkat membesar....beliau mampu mendidik dan memberi bimbingan yang terbaik untuk anak-anaknya...Tahniah Dr.....

Mungkin bila Menteri Penerangan telah bertukar fikrah, agaknya waktu itu...baru selesa mata dan hati ini menonton pengisian yang disajikan di televisyen....sama-sama doakan agar medan dakwah yang berkesan ini menjadi kenyataan!!!!

"Television viewing will not make your baby smarter, according to a longitudinal study of 872 children at a multi-site group in Massachusetts as reported by Pediatrics March 2009.  This isn't a shocking discovery.  The American Pediatrics Association has researched the effect of TV watching for decades.  Consider correlations between TV and attention disorders or on sleep problems.  The Campaign for a Commercial-Free Childhood filed a complaint with FTC to restrict misleading advertising for "educational videos" back in 2006.  This new research does, however add to a growing body of recommendations for hands-on, heart-in experiences for early learners.

 

The conclusion of the Massachusetts study is:

 

"Television viewing in infancy does not seem to be associated with language or visual motor skills at 3 years of age."

Karen Deerwester

Parenting Examiner

Karen is an educator, coach and author whose lifelong mission is to understand and celebrate “life with kids.” Karen consults for early childhood programs and continues to teach in Mommy & Me where she’s always learning more about parenting in a changing world. 

Ulangtahun Perkahwinan Ke 4

24 April 2004, Jumaat

Kami telah merancang untuk balik ke kampung Chini, dan  abi pun telah pun mengambil cuti pada hari ini....tetapi malam tadi mendapat panggilan daripada Along yang mengatakan  mereka sekeluarga hendak pulang ke Sg. Merab untuk melawat baby Aisyah Salwa....nampaknya kena tangguh ke hari Sabtu untuk pulang ke Chini....

11.00 pagi

Kami memulakan perjalanan ke Salak kerana menyelesaikan urusan abi.

11.30 pagi

Kami berjumpa Mazuan Ahmad di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Methodist di Sg. Pelek. Ada urusan sikit dengan ustaz tu....kena smash dengan ustaz Mazuan..."Hai....baru 11 hari dah jalan-jalan......"

1.00 tengah hari

Kami sampai di rumah nenek di Sg. Lang, Banting. Abi solat Jumaat, dan umi demam kesejukan. Agaknya kena air cond kereta sepanjang perjalanan. Selepas dah pakai sweater dan selubung dengan selimut, dan makan paracetamol, dalam pukul 3.00 petang barulah demam umi agak kebah.....ini demam kali ketiga..... kali ini banyak kali demam yang bersifat "on" and "off"...


3.30 petang

Kawan abi Ustaz Rafi dan kak Yati datang menziarahi baby Aisyah Salwa. Mereka juga rakan niaga Umi. Semasa umi menulis bil, ketika menulis tarikh.....umi tak ingat hari ini berapa hari bulan. "Hari ni berapa hari bulan ye?" Amira (sepupu) menjawab 24/4/2004. Umi pun tulis dengan selamba....

Tiba-tiba......"eh...kenapa tarikh ni macam familiar je....macam ada sesuatu chemistry dan biology pada tarikh ini...TAPI apa dia ye...?" umi mencongak-congak dalam hati dan minda yang berputar-putar mencari jawapan....

Selesai segala urusan...barulah umi ingat...

"Ha..ha..ha....hari ni tarikh kami nikah rupanya!!!!!!! 24 April 2005 - 24 April 2009. Alhamdulillah dah empat tahun kami mendirikan rumahtangga. Terlalu banyak suka dan duka, pahit dan manis, rencah hidup kami depani dan harungi bersama. Dan dalam tempoh 4 tahun inilah kami telah diberi amanah untuk membesarkan dan mendidik 3 orang cahaya mata..."Ya Allah...besar dan berat amanah ini, berilah kami petunjukMu agar kami sentiasa berada dalam jalanMu yang lurus dan redhaMu..." itulah cita-cita kami selepas kelahiran Aisyah Salwa....


Berada dalam bahtera rumahtangga ini jugalah mengajar kami erti kasih dan sayang, kejujuran, kesabaran, toleransi, amanah dan tanggungjawab....inilah realiti kehidupan yang sebenar...dan inilah medan ujian pentas kehidupan kita.....


Ulangtahun perkahwinan ke 4 ini, tiada lilin untuk ditiup, tiada candle light dinner, tiada percutian ke mana-mana....cukuplah 3 cahaya ini menjadi penawar buat kami sebagai Abi dan umminya.......Aliyah Husna, Abdullah Muaz dan Aisyah Salwa.



Tempoh Berjaga-jaga

Dalam tempoh berpantang atau berjaga-jaga ini, sudah dua kali umi demam. Kedua-duanya disebabkan bengkak susu di mana kelenjar susu membengkak sehingga merebak  ke nodus limfa sehingga menyebabkan demam. 

Ada petua bila bengkak susu, sapukan dengan asam jawa, lekapkan dengan kobis, tuam dengan air suam.....semua boleh melegakan kesakitan yang dialami...

Abi pun jumpa dengan Hj. Khan Subari, pengamal Homeopathy untuk mengambil ubat. Inilah bekalan ubat yang Hj. Khan bagi. Hj. Khan siap telefon umi lagi, ucap tahniah lepas tu dia kata " La kenapa ko tak ambil ubat awal-awal sebelum bersalin dulu....." itulah dia hj khan, orangnya sangat bersahaja dan disenangi...dah biasa dengan abi...dia lebih senang menggunakan bahasa kau aku je...

Homeopathy menyediakan sifir yang sangat lengkap. Daripada simptom, ada ubat tersendiri...dari sekecil simptom hingga ke sebesar simptom. Kalau buka kitab homeopathy, mesti seronok mendalami ilmu ini. Abi pun teruja, rasa macam nak beli je kitab homeopathy. 

Untuk selepas bersalin sahaja, homeopaty ada menyediakan ubat untuk merawat luka dalaman, merawat bengkak susu, memulihkan tenaga, ubat penenang trauma (trauma akibat kesakitan contraction dan kesakitan selepas bersalin ; rengat dll), ubat mineral (menggantikan segala mineral yang haus terutamanya kalsium)  dan lain-lain.



Kami juga ada menyimpan stok ubat ala First Aid Kit di rumah untuk anak-anak kami. Di dalamnya tersedia ubat demam, ubat demam tinggi, ubat ragam tumbuh gigi, ubat jatuh, ubat 12 mineral, ubat selsema, ubat batuk dan sebagainya. Aliyah dan Muaz amat menyukainya kerana ubat homeopathy berbentuk globul kecil yang rasanya manis. Jadi tak perlulah nak bergotong-royong memegang tangan dan kaki budak kecil untuk menyuapkan ubat ke mulut mereka sekiranya mereka demam atau batuk, selsema dan sebagainya. 

Isi kandungan First Aid Kit


Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Penantian Berakhir 14 April 2009

Setelah penantian dinanti penuh debaran, bermula daripada seminggu sebelum, 6 hari sebelum, 5 hari sebelum dan seterusnya 1 hari sebelum sehinggalah tiba tarikh keramatnya 14 April 2009. Masih belum menemui sebarang tanda dan contraction hanya bersifat “Braxton Hicks”…Akhirnya kami ke hospital dengan berbekalkan contraction yang masih belum “regular”….hanya sikit-sikit dan jarang-jarang….

14 April 2009, Selasa

8.30 pagi

Bersiap-siap mengemaskan barangan keperluan Ummi dan baby di hospital, barang Aliyah, Muaz dan Ummi ketika berpantang di rumah Wan.

10.00 pagi

Kami meninggalkan Aliyah dan Muaz di rumah Wan, bersama Achik dan Mak Andak yang kebetulan sedang bercuti panjang. Abi dan Ummi meluncur dengan JCM 4053 menuju ke Dengkil untuk makan tengah hari….abi mengidam sup tulang di sebuah restoran di Dengkil…kami pun makan di sana sementara menunggu check in di An-Nur. Sampai di Restoran Sri Manis, Dengkil, sup tulang rupanya hanya disediakan hari Jumaat sahaja….jadi kami pun makanlah hidangan apa yang ada yang telah disediakan. Umi makan tempe goreng sampai 3 keping…buat bekalan dalam labour room nanti….

Singgah di pasaraya berhampiran membeli beberapa barangan keperluan seperti tuala dan sabun India (Thulasi). Kami meminati kesannya!!!!

11.30 pagi

Kami singgah ke Warta Bandar baru Bangi untuk mencari beberapa lagi barangan keperluan…stoking dll. Juga membeli buku dan majalah untuk mengisi masa lapang di wad…

1.30 tengah hari

Kami solat zohor di Masjid Hasanah SS9, Bandar Baru Bangi. Abi pulak tertidur…kesian umi tunggu lama dalam kereta….sampai 2.30 petang…


2.45 petang


Labour Room Lavender

Kami mendaftar di An-Nur. Terus naik ke “Labour Room” untuk buat pemeriksaan. Di pintu masuk labour room, kelihatan Dr. Fatimah Mustafah sedang duduk menunggu. Alhamdulillah, gembira hati Umi dan Abi bukan kepalang!!!! “Hai…dah sakit ke sayang…?” Sejuk hati kami melihat dan mendengarnya…Kami dimaklumkan Dr. Fatimah tidak ada hari ini kerana beliau terlibat dengan kursus…namun…kuasa Tuhan mengatasi segalanya!!

Di Labour Room

Dr. Fatimah membuat pemeriksaan, dan mendapati bukaan baru 1.5 cm. TETAPI agak mengejutkan apabila Dr. mendapati ada sedikit air yang keluar warnanya agak greenish….so Dr. suspect baby dah berak kat dalam…Dr. kata, “Mummy kena bersalin hari ni jugak…kena induce masuk ubat supaya contraction lebih cepat..”..”Dr. ingat nak bagi ummi rehat-rehat dulu kat wad…bagi contraction normal…tapi tak boleh…” Dr. Fatimah pun terus pecahkan water bag (air ketuban) dan masukkan ubat.

Epidural

Ummi pun bincang dengan abi nak ambil epidural…nak rasa epidural..orang kata tak rasa sakit contraction dengan epidural…Abi kata ok… Nurse panggil pakar anastetik untuk buat prosedur epidural. Tidak lama kemudian, Dr. Rosnita datang membawa peralatan untuk membuat epidural. Umi tanya..”Dr., sakit tak?” Dr. kata tak sakit…macam kena cucuk biasa je….

Ok…tak adalah sakit sangat..Dr. Fatimah pun menyokong penuh dan pernah advise untuk ambil epidural kerana mummy tak stress bila dahsampai masa nak labour..Dr. Rosnita juga menasihatkan perkara yang sama…pengalaman dia, ketika bersalin anak pertamanya, dia tak ambil epidural kerana nak merasa bagaimana sakitnya rasa bersalin…kemudian untuk anak kedua dan keseterusnya, dia pun ambil epidural kerana tidak tahan akan kesakitannya…

Abi Nampak dengan jelas bagaimana Dr. Rosnita melakukan prosedur epidural ke atas umi. Umi tak nampak tetapi tahulah bagaimana Dr. melakukannya. Bermula dengan membius bahagian rongga antara tulang belakang, memasukkan tiub sekecil diameter ‘bihun” di antara rongga tulang belakang untuk memasukkan ubat bius agar kesakitan contraction tidak dirasai oleh saraf yang membawa mesej sakit ke otak..tidak lama kemudian kaki umi pun merasa kebas…

CTG pun dipasang. Sepanjang tempoh contraction yang direkodkan oleh CTG scan, umi memang tak rasa sakitnya. Walaupun indeks contraction mencapai 80 hingga 100. memang sangat melegakan dan relax….sampai nurse tegur…”Eh..boleh baca buku…” Umi baca majalah Solusi dan Abi baca buku Quranic Law of Attraction!


6.00 petang

Dr. Fatimah datang kembali dan membuat pemeriksaan. Bukaan baru 3 cm. ‘Agak lambat…” Dr kata…Kemudian Dr Fatimah menyambung kembali…”Ok..Dr. bagi masa sampai pukul 10 malam…..kalau bukaan masih 4cm, mummy memang kena bedah..

Saat Kritikal

“Ya Allah,kami mendamba kepadaMu, hanya kepadaMu kami berserah..tunjukkan kami jalan yang terbaik…Ya Allah, Kau Maha Tahu atas segalanya yang terbaik buat kami….Dos inducer dah semakin ditambah, sakit contraction juga sudah semakin bertambah..Hanya munajat demi munajat dan pengharapan ditujukan buat Sang pencipta Al-Khalik…seandainya boleh bertawassul..inilah masanya yang terbaik, namun, sebagai insan yang hina lagi kerdil ini, apalah sangat amalan yang hendak dipersembahkan kepada Sang Khalik untuk bertawassul dengannya…Ya Allah….Allah..Allah…

Sepanjang tempoh ini entah kenapa Umi menggigil…memang terasa sangat lapar kerana kami makan tengah hari awal sekitar 11 pagi….bila ambil epidural, nurse kata tak boleh makan benda heavy…hanya minum air sikit-sikit dibolehkan….kerana nanti akan muntah…

CTG mmberikan bacaan heart beat baby sangat tinggi…maksudnya bacaan denyutan jantung baby tinggi…rupanya…bila sister check suhu badan Umi…naik 1darjah Celcius….38 darjah celcius….umi demam…cepat-cepat Nurse bagi paracetamol ……


“Mummy demam sikit, sebab tu heart baby tinggi….baby jadi stress…” Dr. Fatimah menerangkan…


8.30 malam

Bacaan heart beat baby  (kiri) dan bacaan contraction rendah (kanan) pada CTG

Graf contraction tinggi selang 2 minit menandakan bukaan menghampiri 10 cm

Contraction semakin kerap, sehingga dos epidural yang diambil tidak dapat menampung sakitnya contraction. Saat kelahiran semakin tiba…Sister dan nurse sudah pun bersiap sedia untuk menerima kehadiran insan baru menjengah dunia. Bila bukaan diperiksa, sudahpun 8 cm. Alhamdulillah…Engkaulah Allah Ar-Rahim…

Saat Kelahiran

Abi membisikkan ke telinga umi sambil memberikan ciuman SEMANGAT di pipi umi, “Umi…this is the time….you can do the best Sayang!!!”

Dalam kesakitan menahan contraction….Abi setia di sisi memberikan semangat dan perangsang menemani kesakitan ini….

“Ok sayang, the baby’s head is just there…”….“Ok...sayang…push…” Dr Fatimah memberikan rangsangan dan bantuan. “Ok good mummy…” “ One more time sayang…push…!!” “Allahu akbar!!”

Tepat 8.57 malam….“Alhamdulillah…assalamualaikum….sayang..”

“Ok mummy…pegang baby sayang….baby apa mummy?” “Baby girl Dr…” Umi melafazkan dengan senyuman syukur….” Kedengaran Abi juga melafazkan kalimah mulia…Alhamdulillah…sejurus kemudian abi melafazkan iqamah ke telinga baby…

Berehat di Labour Room

Sambil menunggu baby dibersihkan, datang seorang senior sister yang pernah menyambut Aliyah dahulu….”Ni Yuzilawati kan..?”..”Eh…jumpa lagi kita ye..” sambil tersenyum….”Tahniah”…Dia pun tanya perkembangan anak-anak Aliyah dan Muaz yang pernah disambutnya dahulu..almost 3 years ago…”Nak suruh akak basuhkan uri ke?” Dia menawarkan diri untuk membasuh uri baby dengan sempurna…”Tak apalah kak, lagipun malam ni nak bawa balik uri ni…emak dan adik-adik telah pun menunggu di wad….”


Baby Aisyah Salwa ketika berada di Labour Room

Bermalam Di Wad Orkid 7-4

Baby telah dihantar ke nursery….

Umi juga telah dihantar ke wad untuk berehat….Aliyah dan Muaz, Wan dan adik-adik telah pun menunggu di situ…Hanya kami penghuni di wad Orkid malam itu….Abi teman Umi tidur di dalam wad….
Abi bersama Aisyah Salwa ketika berada di wad

Dalam pukul 12 malam, nurse hantar baby ke wad untuk Umi bagi susu….akhirnya baby pun tidur sekali dalam wad sekali dengan abi dan umi…


Aisyah Salwa tidur di dalam wad

Sepanjang malam memang lapar…menu dinner Umi, abi yang habiskan sebab Umi tak boleh makan…minum air milo pun muntah balik….kesan dos epidural. Abi pun minta biskut dan milo kepada nurse yang menjaga hal ehwal pesakit wad Orkid….Nurse pun memberi dengan senyuman….sampai abi malu nak minta biskut lagi….malam tu sahaja dalam selang waktu dua jam….minta biskut dekat nurse….lapar punya pasal….bukan setakat umi yang lapar….perut abi juga begitu…

Seperti kebiasaan, malam selepas bersalin umi memang tak dapat tidur…..sejak Aliyah, Muaz dan seterusnya baby ketiga ini…akhirnya Umi lah yang temankan abi tidur…kasihan abi….Engkaulah suamiku yang terbaik dunia dan akhirat..sayangku…Selepas ini, besar tanggungjawab kita membesar dan mendidik anak-anak kita yang tiga orang ini…….bisikku ke telinga abi…

Sekitar jam 5 pagi baby menangis…bagi susu, dia baru sahaja lepas minum susu…bila abi periksa rupanya baby “yak”….abi pun hantar baby ke nursery untuk ditukarkan lampinnya…

15 April 2009, Rabu

10.00 pagi

Tuan rumah sewa kami, Mak Cik Ina dan Tasya datang melawat. Kemudian Maslina pula datang dalam jam 12 tengah hari…kebetulan Mas ada kursus LHDN di ILIM, jadi….ketika waktu rehat Mas datang melawat sambil mengambil aura….nak bagi adik kepada Irfan…..

Baby Aisyah Salwa bersama Untie Mas


3.00 petang

Kami keluar daripada hospital dengan meninggalkan seribu satu kenangan permulaan untuk anak-anak kami…terima kasih warga An-Nur yang sudi menerima kami sebagai tetamu…merawat kami sebagai tetamu….memotivasikan kami sebagai tetamu….teruskan memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai salah satu medan dakwah….!!!Abi dan Umi pulang kerumah Wan, membawa bingkisan hati dan jiwa baru…si kecil bernama Aisyah Salwa Binti Ahmad Safwan. Kakak dan abangmu, menanti di rumah dengan tangan dan jiwa penuh menyayangi….berkasih sayang lah kamu sesama adik-beradik…membesarlah kamu dengan iman dan taqwa…taatlah kamu kepada perintah Allah dan Rasulmu….basahilah mulutmu dengan doa untuk kesejahteraan Abi dan Ummi mu….tiada apa yang Abi dan Umi minta dari kalian…Aliyah Husna, Abdullah Muaz dan Aisyah Salwa…..melainkan doa dan soleh solehah kalian!!!!



Aisyah Salwa di dalam troli baby

Aisyah Salwa sudah membuka mata...



Kak Long Aliyah dan Abang Ngah Muaz saaayang Adik Aisyah Salwa...

Tidur ye adik Aisyah Salwa...Kak Long dan Abang Muaz zikirkan selawat allahumma...

Kakak Long Aliyah nak ajar adik Salwa pakai tudung macam ni....

Kakak Long Aliyah dan Abang Muaz tak sabar nak tunggu adik Salwa besar...nak gi curau (surau)...



Kakak Aliyah dah ada 2 orang adik sekarang....
I want to be a good sister and a SOLEHAH LEADER!!!! InsyaAllah...
Abi & Ummi doakan Aliyah ye....



Bayar Hujung Bulan Ye...


"Eh, cantiknya baju ni....dari mana kau dapat?" teruja  Maria dengan kain batik yang dibawa oleh Aisyah dalam sekarung beg plastik biru.

"Adik aku punya ni...aku saja bawak nak tunjuk kat ko dan kawan-kawan...kut-kut ada yang berkenan.." balas Aisyah senyum.

"Tak payah la ko pergi Pasar Khadijah ke, butik ke...nak dapatkan kain batik ni....

"Haah kan..betul juga tu. Lagi pun aku tak berapa suka pergi kat butik-butik ni....dah la mahal....yang paling aku benci nak kena bayar dan cari parking.." sokong Maria bertalu-talu.

Sambil membelek-belek kain pasang bercorak batik yang dibawa oleh Aisyah..Maria akhirnya berkenan dengan kain batik berwarna lembut berwarna hijau pucuk pisang.

"Aku ambik yang inilah..." "Berapa harganya Cah?"

"Yang tu aku bagi RM 55". 

"Ok...baik-baik....hmmm Cah, aku bayar hujung bulan boleh?"

Nak tak bagi, kawan sendiri...bila tak bagi nanti dikatanya pulak terlalu berkira dengan kawan sendiri....

Akhirnya..."Oklah....tapi janganlah semua ko bayar hujung bulan....sekurang-kurangnya ko cubalah bayar separuh dulu ke...." cadang Aisyah cuba membetulkan persepsi dan sikap sang sahabat.

"Oklah...nah lah ambik RM 30 ni...bakinya aku bayar hujung bulan ye..."

"Ok"

Itulah dilema berniaga sesama rakan. Seakan sudah menjadi kebiasaan untuk mengungkapkan "bayar hujung bulan", "tunggu gaji masuk".....sedangkan sebenarnya sepanjang tempoh penangguhan itu, masih banyak lagi urusan yang tergendala akibat proses penangguhan yang diminta. Yang menanggung beban dan rugi adalah sang pengeluar dan pemodal yang mendapatkan barangan secara tunai....

Sebab itulah ramai peniaga Melayu Islam dilihat melata mengendalikan periagaan kecil-kecilan...dan kalau dilihat trend suatu masa dahulu, di kedai-kedai runcit kedapatan buku 555 atau buku log panjang untuk masuk hutang kerana pelanggan tidak punya tunai yang cukup untuk melangsaikan transaksi pembelian. Cara begini adalah tidak sihat....kerana bila sikap menangguh ini dibiasakan, seolah-olah membenarkan sikap ini dan mengambil kesempatan kerana yang menjual itu adalah sahabat sendiri..walhal keadaan waktu itu adalah mampu. Cuma hendak bersimpan-simpan supaya ada lebihan yang lebih dan selesa sehingga menunggu gaji masuk  25 hb setiap bulan.

Hal sedemikian adalah terkecuali bagi mereka yang benar-benar tidak mampu...yang paling dan amat menyedihkan ialah...sikap suka menangguh ini seakan lali bila berakad jual beli dengan perniagaan tidak formal seperti berniaga sesama rakan yang dikenali.

Mengapa tidak ye meminta tangguh "bayar hujung bulan" ketika membeli belah di pasaraya atau Nagoya, Jakel dan KAMDAR?


Terima  kasih buat sahabat dan saudara yang turut sama mendoakan...semoga doa kalian menjadi bunga-bunga rahmat yang sentiasa menaungi kehidupan untuk mendapatkan redha Allah...

Semalam dalam pukul 4.15 petang, mendapat SMS daripada seorang sahabat, Suhaila...dia telah pun selamat melahirkan baby perempuan yang kedua di Az-Zahra...padahal due nya 24 April 2009. Dia pun hairan kenapa lahir awal sangat....:)

Semalam juga mendapat SMS daripada Alang Caah, turut memberitahu kakak Timahnya telah pun selamat melahirkan baby boy yang duenya 12 April 2009....Alhamdulillah

Walau apa pun, penantian tetap diteruskan dengan penuh debaran dan hati-hati...si dia seakan memahami agar menunggu segala urusan lain dan persiapan disiapkan dan dibereskan...bila dah bersedia...lihatlah dunia barumu dengan permulaan lafaz yang mulia...Assalamualaikum wrt , Allahu akbar...allahu akbar....

Di situlah bermulanya transisi dimensi kehidupanmu yang baru.....


Syabab Musafir Kasih

Alhamdulillah, semalam saya sempat menghabiskan membaca sebuah novel tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin berjudul Syabab Musafir Kasih terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Penulis ini juga yang menukilkan novel Tautan Hati. Namun isi Syabab Musafir Kasih ini tidaklah seberat kandungan Tautan Hati, namun ia tetap berjaya membawa mesej yang jelas sebagai tujuan hidup seorang khalifah Allah di muka bumi. 

Mengisahkan kisah hidup seorang anak yatim sekecil darjah satu yang hidupnya penuh cemuhan dan buli daripada kalangan abang dan kakaknya yang kebejatan akhlak dan penduduk kampung yang tidak senang dengan sikapnya Syabab yang dilabelkan sebagai budak nakal, pengotor dan terbiar lantaran kesibukan si ibu Mak Som yang berhempas pulas mencari nafkah untuk anak-anaknya siang dan malam. Abang dan kakak Syabab terkenal dengan sampah kampung dengan beraktiviti melepak, merempit, menghidu gam manakala Syabab pula terkenal dengan seorang budak yang menjadi bahan buli adik-beradik dan kawan-kawannya di kampung dan di sekolah, lembap dalam pelajaran, semak, belukar pokok kelapa adalah taman permainannya. 

Hanya Kak Zah yang melihat sirna di kejauhan potensi Syabab, ketika semua orang mencemuh, memarahi dan mengejeknya. Kak Zah atau Nur Mumtazah adalah jirannya yang sedang menuntut di menara gading. Kak Zah lah yang melenturkan rebung Syabab dengan segala nasihat dan kalimah berharga setiap kali cuti semester....

Kehidupan Syabab yang penuh ranjau sesekali terikut dengan arus songsang ketika usia meniti remajanya dan kadangkala mengikut arus lurus dengan kehikmahan ingatan dan teladan yang ditunjukkan oleh Kak Zah. Sehinggalah sampai ke satu tahap....di mana...

 

'Ketika di KLIA, penjaga kaunter menjelaskan bagasi Syabab melebihi had muatan. Dia diberi pilihan sama ada membayar setiap lebihan muatan atau mengurangkan muatan. Akhirnya dia memilih untuk mengurangkan muatan bagasinya. Dia pun membuka bagasinya dan kelihatan semua orang terkejut kerana keperluan diri yang dibawanya adalah sedikit. Banyak barang lain yang kelihatan tidak wajar.. Yang paling menghairankan, terdapat 5 biji kelapa tua yang sudah bertunas di dalam bagasinya. 

 "Nak tanam di Syiria?" perli abangnya. 

 Syabab mengangguk pasti. Abang-abang yang lain meleterinya, turut jua ada yang ketawa. Syabab diam selamba. Syabab terpaksa mengeluarkan kelapa itu kecuali SEBIJI.

 "Itulah tanda dan bukti orang yang berwawasan jauh"....bisik Kak Zah ke telinga suaminya sambil tersenyum.'

 

Kepulangan Syabab ke kampung halaman setelah mengisi bekalan diri di bumi Syiria, semata-mata untuk memberikan nur Islam melalui medan dakwah di kampungnya. Kejayaannya disebut-sebut oleh mulut-mulut yang pernah menyakitinya dahulu..namun Syabab tidak pernah berdendam.

Lantas......

Ketika isterinya Nur Mumtazah bersungguh-sungguh menyuruh dan memujuk suaminya Syabab untuk meminang cucu Syeikh Sobir, guru Syabab ketika menuntut di Syiria....

Namun......

 "Dengarlah isteriku, abang tak mungkin duakan isteri semulia Zah. Rasulullah tak pernah duakan Khadijah ketika hayatnya. Ali tak pernah duakan Fatimah ketika hayatnya. Isteri pertama sangat istimewa. Tak mungkin diduakan." Syabab bersuara penuh yakin.

Satu pengakhiran yang menyentuh hati, setelah Syabab bertemu jodoh dengan seorang insan Nur Mumtazah yang dahulu melenturkan dirinya dengan nasihat dan kalimah yang baik ketika Syabab masih rebung. Walaupun Syabab mempunyai pilihan, namun hatinya sudah terpasak kepada keperibadian Kak Zah yang telah menjadi janda kerana kematian suaminya akibat kemalangan. 

Itulah rencah kehidupan yang sarat dengan teladan dan pengajaran yang harus diteladani. 


Tahniah Ya ukhti Fatimah Syarha...teruskan usaha dan bakatmu untuk terus berkarya dalam bidang penulisan yang unik ini....!!

Cerita Hujung Minggu

Kuih pau menanti untuk kembang dan kembang....

 

Kuih pau dimasukkan ke dalam kukusan untuk dikukus....

 


Kuih pau yang sudah siap dimasak dan sedia untuk dimakan oleh umi, Aliyah dan Muaz...nyum..nyum..nyum...

 

Inilah sarapan kami pagi Ahad....kuih pau..inti kelapa. 

Selesai sahaja kuih dikukus, Aliyah dengan Muaz pun bangun...semalam mereka kepenatan..seharian berjalan..dari pagi ikut Wan, Achik, Andak Pak Anjang dan Cu Chin pergi sukan Sekolah Al-Amin Bangi...sekolah Cu Chin.

Bila di tanya Aliyah, Aliyah pergi mana semalam? Dia kata "Aliyah pergi tengok Cu Chin langgar tali merah.."...La...Cu Chin pergi masuk lumba lari....anak buahnya pulak bagi istilah langgar tali...itulah kreativiti...

Tengah hari pulak, ikut Wan dengan atuk pergi kenduri di Gombak....Aliyah je ikut..Muaz tertidur kepenatan di rumah Wan...tinggallah umi sorang-sorang kat rumah...cian umi....abinya pulak ke Genting...

Petangnya pulak gi usrah di Desa Saujana.....malamnya, pergi Masjid Al-Istiqamah Sg. Merab, dengar ceramah maulidurrasul daripada Ustaz Zahazan...mutiara ilmu yang sangat berharga...persiapan ceramah oleh penduduk Kg. Sg. Merab memang hebat...walaupun kebanyakan mereka dah tua-tua, namun semangat kerjasama memang tak dapat ditandingi...ceramah panggil ustaz hebat...selepas ceramah ada jamuan makan, menu Jawa pulak tu......siap bagi bunga telur lagi.....bukan setakat telur ayam....tapi telur masin itik lagi......TAHNIAH pak cik dan mak cik....!!

Sampai-sampai je pintu masjid, tiba-tiba terjumpa Rashidah Bahari....dia memang dah jadi orang Sg. Merab..sebab dia pun kahwin dengan orang Sg. Merab....dia dah pun dua bulan bertukar kerja di Hospital Putrajaya....Alhamdulillah...kasihan...sebelum ni mereka suami isteri terpaksa duduk berjauhan atas tuntutan kerja...suaminya di Sg. Merab, manakala Shidah di Perak...kini mereka menetap di kuarters Putrajaya....

Rashidah juga baru sahaja mengalami keguguran..umur baru 5 minggu....mungkin kuat sangat angkat barang ketika  mereka baru berpindah ke Putrajaya....kalau tak...mungkin Shidah juga akan join the club mision of 2009!!!! Tak apalah....boleh buat new club of 2010 pulak bersama Anje Ina....ok!!!!!!!

Serbuk Kopi dan Gula



Nak tahu apa isi kandungan dalam pinggan kecil tu?

Hmmm....itu adalah campuran serbuk kopi dengan gula...entah mengapa dan bagaimana boleh mendapat idea resipi ini untuk mengaktifkan sel-sel layu dan menyambungkan kembali neuron-neuron yang tak tersambung.

Bila dah dapat, rasa macam diaktifkan semula....pengalaman yang tak dapat dilupakan...