Posts

Showing posts from 2009

generasi Dynamic @ 2009

Image
Amanah buat kami warga gD!! Semua ahli di meja empat segi ini adalah ibu-ibu kepada generasi Dyanamic @ 2009!! Tidak pernah merancang, namun semuanya kuasa Yang Maha Esa!! Alhamdulillah.. Special moment! ****************************** JANUARI 1. Luqmanul Hakim Bin Nor Najman (Rohana Mohd Nawi) 5 Januari 2009 2. Aisyah Farhani Binti Muhammad Rizal 21 Januari 2009 3. Aish Aslam Bin Samhudi (Nor Fadzlina Abdullah) 29 Januari 2009 3.25 kg ****************************** MAC Nur Tasneem Munazzah Binti Muhammad Tasmim (Nor Adila Rahmad) 7 Mac 2009 3.70 kg ****************************** APRIL Aisyah Salwa Binti Ahmad Safwan 14 April 2009 3.02 kg ****************************** MEI 1. Muhammad Irfan Hafizi Bin Mohd Hilmi 2 Mei 2009 2. Putri Nurul Munirah Binti Mohd Hafeez 19 Mei 2009 3.23 kg ****************************** JUN Muhammad Azam Bin Muhammad Izwan 10 Jun 2009 ****************************** JULAI 1. Afrah Binti Ahmad Redzuan (Rahimah Ramian) 2 Julai 2009 2.67 kg ____________________

Menyuburi Ukhuwwah

Image
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Memberi, lagi Maha Penyayang. Kesyukuran hanya dilimpahkan kepadaNya atas limpahan rahmat dan nikmat yang sangat banyak. Alhamdulillah. Sabtu, 19 Dis 2009 Ruang masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke Subang Jaya. Alhamdulillah atas dipermudahkan urusan yang dihajati di sebuah seakan gudang yang dipenuhi rahmat insyaAllah, lantaran sikap dan toleransi yang tidak berbelah bahagi yang diberikan. Kami sangat berpuas hati yang ditunjukkan oleh CEO yang sikapnya merumput, Tahniah buat Kak Latifah..and your dedicated team members!! Jam 1.00 tengah hari kami meninggalkan Subang untuk menuju ke Puchong. Menghadiri kenduri sahabat Abi yang juga adik bongsu Kak Pidah. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati pasangan pengantin walaupun dalam keadaan ibu Kak Rafidah yang sedang diuji, sakit. Semoga Allah melindungi sang Ibu yang sangat banyak berjasa, semoga Allah memberikan kesembuhan, kesabaran dan ket

Mehnah dan Tribulasi

Image
Kehidupan masa dan zaman ini sangat mudah berhadapan dengan hamparan dan hidangan fitnah akhir zaman, cubaan dan cabaran dari manusia yang menjadi musuh sama ada secara terang mahupun secara muslihat terhadap hambaNya yang mengaku beriman kepada Allah. Anda sebagai seorang ayah, seorang ibu, mahu pun sebagai seorang anak, seorang kakak, abang atau adik, seorang sahabat kepada seseorang yang lain, sebagai seorang pekerja dan majikan, sebagai mad'u dan da'ie, sebagai jiran, sebagai guru, sebagai murid hatta sebagai suami mahu pun isteri. Masing-masing mempunyai cabaran yang tersendiri untuk mengasah tahap kematangan iman dan akal, bagaimana untuk menyaring, mengadaptasi, melawan, bertoleransi dengan segala mehnah yang mendatang. Cabaran Mendidik Anak Ibu mana yang tidak mahu mendidik anak-anaknya dengan buah tangan dan buah fikirnya sendiri. Dunia hari ini dipenuhi dengan manusia yang sangat sibuk. Dunia kini bersifat globalisasi, persaingan antara spesies yang bernama manusia s

Bahagia Itu Nikmat

Image
Berbahagialah di atas nikmat kebahagiaan, kerana bahagia itu satu rahmat, satu anugerah, satu nikmat dari Tuhan kepada hambaNya. Bersyukurlah atas pemberiannya, nescaya nikmat itu akan digandakanNya lagi atas syukur yang tidak berbelah bahagi itu...insyaAllah. Bahagia dikurniakan anak yang baik, bahagia mempunyai pekerjaan yang baik, bahagia mempunyai rumah yang baik, bahagia punyai ibu dan bapa mertua yang penyayang, bahagia punyai kenderaan yang baik, bahagia selepas melangsaikan hutang, bahagia punyai SAHABAT yang menyayangi kerana manusia itu fitrahnya ingin menyayangi dan disayangi, memberi dan menerima. Sifir yang sangat mudah, namun impaknya sangat mendasar ke hati sanubari nurani insani. Terima Kasih Atas Kunjungan (22 Nov 2009) Sahabat Zalin yang datang dari Johor dengan suami, sahabat Shu dan Hafeez yang datang dari Klang. kehadiran kalian sememangnya mencambah ceria dan bahagia. Walaupun ada satu misi malam itu yang telah dirancang, namun tidak kesampaian, nak ziarah sahabat

Awas! Jika Anda Sering Memukul Anak

Image
Hukuman pukul anak hanya akan menjadikan anak anda seorang yang pembengis apabila mereka membesar. - Gambar hiasan SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya kedua-dua sikap ini bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri pada anak. Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif. Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan. Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka. "

Bersalin Di dalam Air Kurang Sakit

Image
Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. SECARA umumnya kita mengetahui tentang kelahiran di dalam air menerusi dokumentari yang disiarkan di kaca televisyen. Penulis juga pernah melihat satu dokumentari di mana seorang ibu yang memilih untuk bersalin di dalam air berkongsi pengalaman tersebut bersama sanak saudara dan jiran-jirannya, sungguh mengagumkan. Jika dilihat dari sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran di dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada di dalam uri. Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah s