pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Orang Kaya Bertaqwa


"Apakah yang harus saya lakukan apabila ada pembaca yang berkonvoi menjejaki perjalanan saya dengan basikal dari Tanjung Malim hingga ke Kuala Selangor. Mereka menjejaki tempat dan lokasi yang disebut dalam buku kedua saya "Petunjuk Jalan Kekayaan". Mereka mahu merasai sendiri apa yang saya rasai ketika menempuh perjalanan tersebut. Kemudian mereka mencari masjid tempat saya bermalam. Mereka ingin bermalam di situ. Untung-untung boleh bermimpi bertemu dengan Haji Shahid. Bahkan ada yang terbang ke Tanah Jawa untuk menjejaki Pak Kiyai. Akhirnya tertipu oleh Sang Calo yang mengaku "Ohhh....saya kenal banget sama Pak Kiyai Muhyidin. Saya sendiri pernah belajar di pesantrennya. Saya bisa menghantar bapak sampai di tempatnya.....asal onkosnya pantes (padan!)".

Saya ingin menasihati para pembaca yang budiman agar memperbetulkan persepsi masing-masing tentang erti motivasi saya. Cerita saya adalah sejarah saya. Sama ada ia misteri ataupun mistik ia adalah hak peribadi saya. Tidak mungkin ia dapat ditiru dan disalin. Hak anda adalah mengambil teladan dan pengajaran daripada kisah saya agar anda mendapat motivasi daripadanya. Bukannya menjadi saya! ANDA HENDAKLAH MELAKAR SEJARAH PERJUANGAN ANDA SENDIRI...Anda mempunyai sejarah sendiri untuk dicorakkan. Sama ada hebat ataupun tidak penghujung kisah sejarah anda...andalah sendiri yang mencorakkan dan penentunya!!!!!"

-Dr. Rusly Abdullah; dalam bukunya OKB! Orang Kaya Bertaqwa-

Thanks Kak Long Aizam, pinjamkan buku-buku tu...great books...

Melakar pengalaman hari ini pastinya akan mencoretkan sejarah untuk dikenang di hari tua...(andai umurnya sempat mengecapi). Sebagai buah tangan untuk anak-anak....untuk sama-sama mempelajari ilmu yang sangat luas ini dan tidak akan habis dan terhenti untuk diselami dan dipelajari selok-beloknya....Jadilah orang yang MEMBERI dengan sebanyak-banyaknya...





Pengarah Projek

Sedang Umi memasak dengan khusyuk di dapur, bukan apa, hati lapang meninggalkan si kakak yang sedang beraksi dengan pensel warna dan bukunya bersama si adik Muaz, manakala adik Aisyah sedang tidur di 'baby court'nya. Jadi Umi bolehlah memasak dengan hati yang lapang....

Setelah hampir setengah jam umi di dapur, umi mengintai dalam diam...apakah yang sedang dilakukan oleh Aliyah dan Muaz....Aliyah masih setia dengan pensel warna dan buku-bukunya....tetapi si Muaz tiada bersamanya.....Umi maju lagi setapak demi setapak untuk meninjau Muaz.....rupa-rupanya dia berada di dalam bilik...Nak tahu apa yang sedang dilakukan oleh si teruna Umi dan Abi ni?...Ha..ha..ha...jeng..jeng...jeng....



Mentang-mentanglah bedak kat rumah Umi ni tak pernah beli, semuanya bedak hadiah semasa mereka menjadi 'baby'.....tu yang sodap je si Muaz tu menonggeng dan menyemburkan botol tu...elok-elok 3/4 penuh kini tinggal 1/4 je isinya kandungannya..

Siap tinggalkan footprint lagi...sahih lagi jitu...memang kerja si Muaz...

Lepas ditonggengkan bedak, disapunya pulak untuk meratakannya....biar nampak sekata...(agaknya...)

Puaslah Umi nak vakum lantai ni nanti....kalau ada bibik, bibik pun pening...;)

Inilah dia Pengarah Projek untuk hari ini....dialah Pengarah, dialah AJKnya juga....


Mana Milik Kita?

Pagi tadi Abi hantar Umi ke UM, sementara menunggu di Trafic Light yang panjang, tiba-tiba melintas mencelah seorang kakak berbaju kurung menunggang motosikal, bertudungkan topi keledar, dan menyarungkan selipar jepun di kakinya. Aduhai....sayang nya...bulan Ramadhan ini dipandang sama dengan bulan-bulan yang lain. Itulah panorama yang seringkali dilihat di bandaraya besar dan sibuk!!!! Sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah dan tak akan habis. Kami mengambil pengajaran daripadanya....



Benarlah juga kata-kata Ibrahim bin Adham, antara kata-katanya yang masyhur, jika kamu hendak membuat maksiat, carilah bumi lain selain bumi Allah ini untuk berpijak, carilah udara lain dan bukannya dengan menghirup nafas dari oksigen Allah ini....siapa yang mampu membuatnya? Kita hamba yang paling lemah....dapat hidup pun dengan segalanya barangan pinjaman dari Allah, mata, hidung, telinga, jari, darah...bahkan segalanya. Mana milik kita?? (teringat nasyid peringatan dari Allahyarham Ust Asri Ibrahim. Sentiasa berjalan pahalanya insyaAllah kerana peringatan dari nasyidnya, zikirnya, alunan azannya yang selalu berkumandang menjelangnya waktu subuh di ikim.fm..semoga Allah merahmati rohnya)

Rahmat yang dinaungkan Allah dalam bulan Ramadhan ini sememangnya tidak nampak dengan pandangan mata kasar. Ia hanya boleh dilihat dengan pandangan mata hati yang sayangkan PenciptaNya. Marilah kita sama-sama menjadikan ibadah puasa kita, puasa yang bukan sia-sia...hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja...tidak lebih dari itu. Benarlah jika puasa ini dilihat dengan pandangan mata iman dan taqwa, sepertimana kata para sahabat Rasulullah s.a.w, mereka menangisi pemergian Ramadhan. Ya Allah, tetapkanlah hati ini dalam inayahMu....

Allahumma innaka 'afuwwun karim, tuhibbul 'afwa fa'fuanna..

Allahumma inna nasaluka ridhokawal jannah wana'uzubikamin sakhotika wannar...

Sabtu, 8 Ogos 2009

Tidak pernah terfikir dan terlintas untuk menjalinkan ukhuwwah bermula dari Cyberjaya dan kini ke Tangga Batu, Melaka. Segalanya adalah perancangan Allah, atas kehendak dan ketentuannya. Kami amat-amat bersyukur!!

Jam 10 pagi kami berlima memulakan perjalanan, permulaan ke Kota Kemuning (sahabat Hafeez), Subang Bestari dan kemudiannya ke Tangga Batu...jam 6.00 petang kami dijemput sampai ke rumah Kak Sahreah Md. Zin. Alhamdulillah, walaupun perjalanan yang sangat panjang, namun kami puas!

Inilah hasilnya perjalanan kami ke sana...seronok melihat aksi dan gelagat mereka. Menyediakan yang tebaik untuk hasil yang terbaik.





Terima kasih Kak Sahreah sekeluarga atas layanan yang terbaik...Allah jua yang layak membalasnya!!

**Maaf buat Ana andai kehadiran kami membantutkan urusan perpindahan rumah. Maaf juga untuk Ust Jije (Azizan) tak sempat singgah rumah...insyaAllah, ada rezeki lain, sampailah kami ke Masjid Tanah...



Kurang poWer

Entahlah kenapa rasa kurang power ayatnya...agak hilang seri dan maknanya..


Kurang praktis, kurang fokus, kurang berkongsi...segalanya kurang..

Banyakkan memberi, nescaya di situ ada ketenangan, banyakkan berkongsi nescaya di situ ada kelapangan dan pertambahan...demi ilmu walaupun sedikit...

Ramadhan Karim, hadirmu kunanti...

Andai Ku Tahu

Selepas mendengar kuliah maghrib Ustaz Zahazan Tafsir Surah At-Tahrim, ustaz mengupas mengenai isteri-isteri nabi s.a.w.

Tiba-tiba terlintas pulak soalan;

"Abang, kalau diberi peluang, mahu tak kahwin lagi?" tanyaku penuh teka-teki.

"Kenapa tanya soalan begitu?" suami menyoal penuh pelik.

"Yelah, umi saje je tanya..nak tahu macam mana pendapat abang.."

"Entahlah umi, benda yang kita tak tahu apa yang akan berlaku masa mendatang..Allah yang tentukan semuanya."

"Kalau umi pergi dulu daripada abang, abang tak mampu nak hidup seorang diri. Sama juga kalau abang pergi dulu, dan kalau ada orang yang masuk meminang umi, umi tak mahu kahwin?" persoalan yang tiada jawapan betul dan salah.



Suami mahu pun isteri hanyalah pinjaman sementara!!

Memang rasa terseksa hidup seorang diri. Semalam sempat singgah ke rumah kawan abi untuk ambil dokumen dan kebetulan office mate dia tu MC kerana migrain teruk. Terlantar lah dia seorang diri di rumahnya yang dua tingkat kerana dia seorang duda..dah lama hidup seorang diri lantaran bercerai dengan isterinya. Dengan halaman rumahnya yang berlalang...nampak sangat tidak terurus!!

Lantas aku terfikir, bagaimana keadaannya hidup keseorangan tanpa teman. Itu lelaki, aku juga ada seorang saudara, Mak Cik Ju namanya. Ibu kepada salah seorang anak muridku dahulu di Fuqaha. Sudah lama menjadi janda kerana kematian suaminya, dan beliau seorang diri membesarkan anak-anaknya yang semuanya 6 orang yang masih bersekolah. Sedih sayu kalau aku terkenangkannya.

Bersyukurlah anda yang telah dan masih punyai suami dan isteri sebagai teman paling rapat dan akrab. Bersyukurlah dengan pandangan mata hati atas pinjaman Allah yang sangat bermakna itu. Dengannya kita perolehi zuriat yang menjadi penerus mata rantai perjuangan ibu bapanya, dan zuriat itu jugalah yang akan mendoakan kesejahteraan kita di sana kelak. Didiklah zuriat itu agar mereka mahu dan ikhlas mendoakan kita!


Berusahalah untuk memberi kerana dengan memberi itu kita bisa membahagiakan pasangan kita. Seronok bukan bila kita dapat membuatkan si dia tersenyum dengan pemberian kita walaupun hanya segelas air yang diberikan dengan senyuman....Itulah namanya memberi dengan MAKNA!!!