Posts

Showing posts from July, 2009

Aliyah di Chini

Image
Hari ni dah masuk hari 5 Aliyah husna bercuti di Chini, rumah atuk n mak tuk. Setakat Ummi n abi follow up hampir setiap hari, dia okay2 saje...malah katanye tak nak balik Sg. Merab!!! Harap2 Aliyah sekadar melawak aje..kan...nanti Abi n Ummi nangis pulak... Aktivitinya belajar menulis ABC, berguru dgn atuk, ikut mak tuk n cu gi sekolah agama petang, tolong mak tuk masak potong2 sayur...hmmmm baguuussss.....dengan ummi kat rumah tak dapat peluang ye...yelah...ummi bila kat dapur kena berkejar...masak cepat2 sebab adik Aisyah dah nangis.... ;) Oklah setakat ni Aliyah still enjoying her life there...We miss u so much my dear!!!!

Allah Maha Al-Razzaq

Image
Hari ini abi memperuntukkan hari Jumaat untuk mengambil cuti untuk bersama-sama menguruskan program di Bukit Bangkong, Sepang. Bukan setakat itu, namun atas melangsaikan ibadah aqiqah untuk Aisyah Salwa kerana sepanjang program berlangsung selama 3 hari, ada dua ekor lembu yang telah disepakati untuk penyertaan aqiqah masing-masing. Alhamdulillah. Pelajar Pondok Bustanul Arifin yang banyak membantu dari segi melancarkan kelangsungan program sama ada sebagai urusetia teknikal mahu pun sebagai peserta program, kerana program ini adalah untuk remaja lelaki; aktiviti perkhemahan yang berisi! Nikmat Akal Yang Ditarik Sementara Sebelum solat Jumaat, kami singgah ke kedai makan memandangkan lembu yang disembelih pagi tadi akan dimasak selepas solat Jumaat. Ketika makan, ada sesusuk tubuh yang berpakaian lusuh, agak dan sememangnya tidak terurus akan dirinya...sambil makan sambil berkata seorang diri dengan nada yang kuat. Umur lelaki ini dalam lingkungan 55 tahun ke atas dan berbangsa cina. S

Mengemas Rumah

Image
Maaf di atas kesulitan yang berlaku, dengan lamanya menyepi bicara dan seharian hari ini kelihatan kepelbagaian proses penyesuaian. Diharapkan ini adalah yang terakhir...sukar juga nak berpindah randah, mengangkut barang itu dan ini...wahhh...boleh tahan juga penatnya... HITAM itu BERANI!!

Aktiviti Kakak, Abang & Adik

Image
"Assalamualaikum..." "Ni Kak Yuzi ya?" Nora bertanya untuk memastikan. "Ya, saya." balasku sambil tersenyum. "Minta maaf la kak, mengganggu akak je tengah hari ni." "Tak apa. Ni kameranya. Dah lama akak simpankan. A'an tak datang-datang pulak. Risau juga akak simpan lama-lama. Betul kan?" aku menerangkan. "Betul-betul." Selepas memeriksa ada pelekat tag 'Unit IT Muslimat' di bahagian tepi kamera. "Eh...akak jaga baby ye?" selepas melihat ada 3 orang budak berderet tidur macam kat asrama... "Tak lah...tu anak-anak akak.." masing-masing tergelak meleret. Ini aktiviti kakak mengaji Iqra' Kakak Aliyah sempat berposing sebelum bertolak ke surau. Di surau, setiap malam Jumaat ada bacaan Yasin. Abang Muaz pulak tak sudah-sudah nak tembak cicak. Pantang jumpa cicak, mesti sibuk dia mencari getah untuk melastiknya. Bila cicak kat rumah tu menyorok, Abang Muaz pun practise skill melastik dengan melast

Demi Sebuah Cita-Cita Itu

Image
Percubaan Meniarap Aisyah Salwa sekarang ini sedang dalam fasa membuat percubaan untuk meniarap. Percubaan yang tidak kenal gagal..teruskan puteriku!!! Walaupun belum berjaya melakukannya sendiri, bila kepenatan...akhirnya tertidur.... 14 Julai 2009, genaplah umurnya 3 bulan. Permata umi & abi... Aisyah Semoga hidupmu bahagia Salwa menjadi penghibur hati umi & abi UM & Kalori Hari Isnin ( 6 Jul 2009), umi ke UM untuk menyelesaikan beberapa urusan. Bermula melangkah dari Fakulti Sains, kemudian berehat dan solat di KPS dan kemudian ke IPS dan seterusnya ke Pej Bendahari. Destinasi terakhir adalah ke Pej Dekan Fakulti Sains sebelum waktu pejabat berakhir... Namun urusan umi masih belum selesai kerana Pejabat Dekan Fakulti Sains telah pun tutup walaupun jam masih pukul 4.45 petang. Pejabat tutup jam 5.00 petang. Nampaknya umi perlu lagi ke UM esok atau lusa. Hari ini seharian memang umi menguji otot kaki dan cara bernafas dengan betul. Umi juga membenarkan sel-sel umi melakuka

Seminar Makanan Halal (HaFoS 2009)

Image
Introductio n Halal Food Seminar (HaFoS) is a seminar that leads towards Halal understanding as well as to provide a platform of knowledge development in Halal Food Production & Development. Current issues of the Muslim Ummah towards Halalan Toiyyiban ( Halal and wholesomeness) will also be covered. Scope of Interest : • Halal food from the Islamic perspective. • Research in Science & Technology updates on Halal issues • Halal Quality Standards & Certification • Halal issues & society • Halal Industry: Opportunities & Challenges. Date & Venue : Date : 14-16 July 2009 Event : Exhibition Venue : PKP, USIM Date : 15-16 July 2009 Event : Conference Venue : Main Lecture Hall 3, DKP 3, USIM. For further information of queries please contact: Nor Amalini Ahmad (Director) Tel: 012-3842457 http://www.usim.edu.my/hafos