pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Mei Oh Mei...

Terlalu lama rasanya membiarkan blog ini tanpa hijau yang menyegarkan. Runtunan tugasan dan guna ruang fikiran yang agak ketat, walaupun agak terpaksa membiarkan pohonhijauku kesepian tanpa bicara.


Mei ini terlalu banyak 'event' yang dilalui. Alhamdulillah, hanya kesyukuran bagi Allah yang Maha Memberi. Memberi pelbagai rasa sebagai tarbiyyah untuk hambaNya. Bermula dengan ulangtahun anakanda Aisyah Salwa yang pertama pada 14 April 2010, ulangtahun perkahwinan Safwan dan Yuzi yang masuk tahun yang ke 5, pada 24 April 2010, insyaAllah. (Kami menyambutnya di sebuah masjid di Kg Gesir, Hulu Selangor - sempena PRK Parlimen Hulu Selangor....)Terima kasih atas anugerah ini Ya Tuhan!!, ulang tahun buat diri sendiri yang masih banyak kekurangan, walaupun usia sudah semakin bertambah angkanya....Ya Allah, ampuni daku....

Jerantut oh Jerantut....redhalah hati akan ketentuanNya....Hikmah yang sangat besar menanti di hadapan.

Anak-Anak Ummi & Abi


"Ummi, nanti tak dapat pahala.." Muaz mengingatkan.
Ketika itu, Ummi sedang meninggikan suara memanggil Aliyah yang tidak keluar-keluar dari bilik air dari ruang tamu rumah.

Ummi bertanya lagi, "Nak dapat pahala nak buat apa Muaz?"

"Nak masuk syurga!!!!!" jawabnya tanpa ragu!

"Ummi, jauhla syurga nya...." kata Muaz lagi. MasyaAllah, agaknya dia ingat masih belum sampai-sampai lagi destinasi syurga, tempat yang dituju itu agaknya....

"Muaz kena jadi anak soleh, baru masuk syurga. Macam mana nak jadi anak soleh, Muaz?"

"Sayang Ummi Abi, tak boleh buat kakak, tak boleh buat adik Wa, dengar cakap Ummi Abi..." begitu panjang lebar Abdullah Muaz menerangkan...

*******

"Abi, jom kita cari pisang goreng" cadang Ummi ketika dalam perjalanan pulang menjemput Aliyah, Muaz dan Aisyah dari rumah Mak Liza.

"Abi, kita cari kuih dekat orang yang pakai tudung ye, abi?" Aliyah mengingatkan....

"Orang tak pakai tudung, tak tutup aurat kan, Ummi?"

"Ye lah, anak-anak Abi Ummi sayang!!!"....
*********