Posts

Showing posts from February, 2009

Kopi Kapal Api

Image
Entah kenapa hari ni teringin sangat nak minum kopi cap kapal api pulak tu...bila dicium sahaja kopi, aroma kopinya wahhhh sangat harum dan menyegarkan...begitu juga bau gula...sedap betul...pelik kan?...Macam-macam.... Sementara Aliyah dengan Muaz tu tidur, aku pun buat la "mai secawan"...slurrpppp wah...segarnya....sewdap betullll!! Aliyah bangun je, dia terus ke dapur...dia tanya "Ummi masak apa?" "Ayam goreng..." dia pun buka tudung saji, ada tempe goreng...dia pun makan tempe bersama roti...roti inti tempe (ini menu baru la pulak..)....habis tempe dia makan pulak tu...tak sempat Muaz nak rasa...bila ummi tanya sedap ke Kak Long? "Sedap ummi" jawabnya... Terhibur sikit hati ni minum kopi sambil menunggu van Skynet tu....

Skynet..Skynet..

Image
Baru Sabtu lepas lalu kat roundabout 5 cabang tu, tersadai satu van Skynet kat tepi jalan. Cik Amoi kata van tu pancit...oh ya ke?...Dah baiki tak dapat, last-last disadaikannya van putih tu di tepi jalan...kesian.. Rupanya aku pun menjadi mangsa penghantaran Skynet yang bermasalah...tunggu punya tunggu dari semalam tak sampai-sampai tshirtnya....Bila "follow up'' ada masalah dengan serial number..letih betul bab menunggu ni kan?...Kalau tak melibatkan orang lain tak apa, ini melibatkan orang lain Cik Nor, Us Rafi yang nakkan tshirt nak dipakai untuk sukan sekolahnya hujung minggu ni.... Kalau tak ada problem, ok je servis Skynet ni..ni bila ada problem, diuji sikit....hai, boleh tahan juga penangannya... Dua bulan lepas juga begitu, driver Skynet called bagitau delivery lambat sikit sebab lori dia rosak kat Seksyen 15 Bandar Baru Bangi...Hampir-hampir mintak tolong hubby ambikkan barang tu sebab dekat je dengan tempat office dia kerja masa on the way balik office...Akhirn

Berlindung Di Tabir Polos

Image
Cinta itu buta? Ya, memang ia buta kerana ia adalah makhluk yang sifatnya tidak sempurna..malah cinta itu boleh membutakan dan menulikan apatah lagi membabaskan manusia yang sifatnya alpa dan lupa. Bila membaca tazkirah Ustaz Hasrizal (Abu Saif - Saifulislam.com)  mengenai teori evolusi cinta, benarlah ia bagaikan "pelempang" bagi kaum yang bijak menggunakan kata-kata untuk membenarkan apa yang diperkatakan dan diperlakukannya.Terutama bagi cinta akhi dan ukhti, ana dan anta..yang berselindung di balik kopiah dan jubahnya..Pastinya cinta I dan You, sayang dan darling, saya dan awak kebanyakkannya memang dah tersoreh dan tersuluh..kategori ini adalah monyet yang nyata yang berselindung di balik kelibat manusia di dunia bunganya... Apalah gunanya menuturkan tazkirah dan ayat-ayat Allah, mengajak manusia ke jalan makruf, mempengerusikan mesyuarat tarbiyah dan dakwah andainya pukul 6.30 pagi selepas solat subuh mengalunkan ayat-ayat Allah di corong telefon bersama tunang? Yang k

Sahabat Yang Dirindui

Image
Siti Zaharah Kasim Pernah menjadi Bendahari HEWI, Sesi 2000/2001, juga bendahari kepada RS. Antara kami adik-beradik, dialah yang paling awal menamatkan zaman bujangnya..November 2003. Ingat lagi, kami berenam naik kereta Iswara Maslina Md Samidi ke Nibong Tebal..Huda, Ein, Anje Ina, pohon hijau, Zalin (duk depan) dan driver Mas. Berhimpitlah 4 orang tu duk kat belakang. Muat tak muat..sumbat ajelah...asalkan sampai...Alhamdulillah, bertolak pukul 10 malam, dan sampai ke rumah Caah pukul 3.00 pagi....Sampai je, terus siapkan hias barang hantaran...Sesat-sesat pun sampai juga anak dara berenam travel pagi-pagi buta...itulah semasa zaman kamikaze, kawasaki, mitsubishi ke...suzuki..apa-apalah...kami amat rapat alhamdulillah semenjak dilahirkan semasa Asasi sehinggalah dah jadik isteri orang dan mak budak... Zalina Mat Zin TKP Lajnah Kebajikan yang amat penyabar dan berdedikasi...Ayong mendapat julukan manja kerana ketinggian melampainya..dan sifat kekakakkannya yang menyerlah. Terakhir se

Resipi Donut Bulat Semulut..

Image
Resipi ni dapat daripada Kak Ida Zomorni, Desa Saujana...special donut...rasailah perbezaannya berbanding donut biasa...(belum cuba..belum tahu.., jadi kenalah cuba ye..) Bahan-bahan : 1 kg tepung gandum 4 biji kentang (rebus dan sejukkan) 4 sudu besar marjerin 5 sudu besar gula 1 peket mauripan (kalau 1kg tepung banyak sangat untuk 2 orang makan...jadi...gunalah matematik tajuk nisbah...nisbahkan sukatan dan amaun mengikut bahan yang kita perlukan) Cara-cara membuatnya (senang aje) : 1. Kentang yang telah direbus - di blend bersama gula, marjerin, mauripan dan 1 cawan air       dituang ke dalam blender dan blend. 2. Tuang bahan blend tadi ke dalam tepung dan uli..sehingga dough menjadi lembut dan gebu 3. Canai dough dan terap dengan acuan. Acu guna penutup botol lada sulah kat bawah ni... 4. Biar seketika untuk donut comel naik sendiri.. 5.  Goreng ke dalam kuali.... 6.  Angkat dan taburkan gula... 7. Donut sedia dimakan dengan air koko sedap!!!!  Dia dipanggil donut bulat semu

Senyumlah

Image

Muaz Main Bowling!!

Image
Petang semalam umi dengan Muaz ikut abi main bowling di Power Bowl, Alamanda, Putrajaya. Kak Long Aliyah duduk rumah Wan dengan achiknya, bila diajak dia tak mahu ikut....ok..bye. Abinya yang first time main bowling ni sebab company tempat abi kerja, Zetta Consultant mengadakan perlawanan persahabatan dengan MAMPU. Sambil duduk melihat mereka bermain, sempat umi sembang-sembang dengan geng-geng abi di ofis, Latifa, Nurul, Kak Yus, Munirah (wife kawan abi). Latifa dengan Nurul masih bujang lagi, tak habis-habis suruh doakan dan minta tolong carikan jodoh untuknya....insyaAllah, tak lama lagi sampailah tu jodohnya!!!! Apa yang penting....jangan putus asa berdoa semoga dipertemukan dengan Mr. Right yang Soleh!!! Masa nak balik tu, umi tunggu abi kat luar bangunan sementara abi bayar parking dan ambil kereta. Sambil tunggu tu nak tau umi nampak apa???? Ha..ha..umi nampak banyak sangat tikus sedang berkeliaran melompat-lompat keriangan di bawah lampu spotlight yang menyuluh pokok dan landsk

Cikgu SMK Cyberjaya

Image
Semalam sempat jumpa anak murid kepada Cikgu Siti Norbayah di surau. Amirul Bin Ali Asak namanya. Saya bertanya, "Esok sukan sekolah ya?" Dia menjawab, "Ya, saya rumah biru. Cikgu Siti pun rumah biru juga..." sambil tersenyum. "Oh ya?...semoga menang rumah biru!!!" ucapku memberikan semangat!! Dia pun mengucapkan, "Terima kasih kak!!" sambil tersenyum. Waktu itu itu azan Isya' pun berkumandang. Budak-budak surau di Surau Al-Islah Kg. Sg. Merab ini, saya kira ada keistimewaannya. Mereka sangat rajin mengikut ayah mereka solat berjamaah di surau terutamanya waktu Maghrib dan Isya'. Apabila tiba malam Jumaat, rutin di kampung ini adalah ahli qaryah akan bergilir-gilir setiap minggu membaca yasin dan membawa hajat masing-masing. Setelah itu, akan diadakan jamuan antara Maghrib dan Isya'. Dan budak-budak surau inilah yang akan menghidang, mengemas dan membasuh pinggan bergotong-royong kepada jemaah yang datang ketika jamuan tersebut. Merek

Nikon S550

Image
12 February 2009 -PERTAMA COMPLEX, KUALA LUMPUR.  RM870.00 COOLPIX S550  Released : 29-01-2008 Technical Spescifications : Type of Camera Compact digital camera Effective Pixels 10.0 million Image Size (Pixels) 3648 x 2736 (High: 3648 / Normal: 3648), 2592 x 1944 (Normal: 2592), 2048 x 1536 (Normal: 2048), 1024 x 768 (PC: 1024), 640 x 480 (TV: 640), 1920 x 1080 (16:9) Lens 5x Zoom-Nikkor; f/3.5-5.6 Vibration Reduction Electronic VR Digital Zoom Up to 4x Focus Range Normal mode: 35cm, Macro mode: 10 cm LCD Monitor 2.5"; 230,000-dot, wide viewing angle TFT LCD with anti-reflection coating Storage Media SD memory cards and internal memory (approx. 50MB) File Format Compressed JPEG, motion JPEG AVI, mono/wav file Shooting Modes Auto, Smile, Scene modes, High sensitivity, movie modes Scene Modes Portrait, Landscape, Sports, Night portrait, Party/indoor, Beach/snow, Sunset, Dusk/dawn, Night landscape, Close-up, Panorama assist, Museum, Fireworks show, Copy, Backlight Capture Modes Singl

Misi 2009

Image
Salam Jumaat kepada sahabat-sahabat gD.org dan  sahabat-sahabat pengunjung pohonhijau.com yang diingati. Semoga rahmat Allah melimpahi hidup kalian. Hmm...Antara topik yang ada dibincangkan secara implisit di kalangan para ibu I26 yang menghadiri Perjumpaan Besar gD di Kuala Kangsar hujung tahun lepas adalah berkenaan Misi 2009. InsyaAllah, misi yang baik semoga mendapat petunjuk dan keberkatan dari Allah. Berdiri dari kiri : Cik Wan, Huda, Hasanah, Kak Pidah,  Pohon Hijau (silap tak tengok camera) dan Za Duduk dari kiri : Ummu Shifa', Zalin, Anje Ina, Shu, An a Caah, Shu sudah pun mendaftarkan nama ke dalam anggota Misi 2009 termasuk Pohon Hijau. Anggota terbaru adalah Cik Wan Zorah. Tahniah...kami ucapkan. Kini Anje Ina, Huda dan Ummu Shifa' sedang menunggu kepastian untuk menjadi ahli anggota. Za juga khabarnya ada perancangan untuk "join the club" selepas diijabkabulkan Mac nanti. Didoakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya...amin..

Khas Buat Cucunda Yang Dirindui..

Image
Semalam sempatku luangkan masa menziarah blog adik-adik I29...lama sangat tak dengar khabar dari mereka. Masing-masing kebanyakannya telah berumahtangga. Telah besar-besar dan dewasa belaka adik-adikku.... Zurina, Aina, Munirah, Izah, Ninie, Shahirah, Yati, Ike, Ami ..sape pulak lagi sorang ni..? Seingatnya dulu ada sepuluh orang semuanya  yang 1st batch I29. Oh baru teringat... Kimah .... Yang wira-wira Yusry, Hafiz, Azizul Akram ..sape lagi...ye..rasanya ada 5 orang semuanya.... Semuanya comel-comel....manja-manja...bagus-bagus....itu yang ramai kakak-kakak I26 sayang...Semoga ukhuwwah ini tidak berhenti di sini...air dicincang takkan putus. Mungkin satu masa nanti, boleh diaturkan untuk buat reunion dengan atuk dan nenek sekali..... Kalau ada gambar, nak aje letak dalam blog pohon hijau ni....semoga laman ini menjadi wadah penyatuan ukhuwwah kita semula... Baru-baru ni atuk ada datang rumah akak...ada urusan bisnes sikit dengan dia...alhamdulillah...walaupun dah lama tak jumpa...akh

Kejayaanmu Semakin Hampir..Abang..

Image
Tiada ungkapan yang lebih menepati maksudku selain terima kasih. Itupun aku rasa masih belum mencapai maksudku yang amat dalam. Terima kasih atas kesabaran menjaga anak-anak yang diuji dengan demam, muntah dan cirit-birit. Terima kasih atas komitmen menjalankan sebahagian tugasan dalam rumahtangga ini. Dikaulah suamiku dunia dan akhirat. Dikaulah abi yang paling disayangi oleh anak-anakmu Aliyah Husna dan Abdullah Muaz. Oleh kerana itulah mereka sangat merindui kepulanganmu pulang ke rumah setelah hari menjelang petang. Itulah kuasa kasih sayang yang ada padamu. Syukurku kupanjatkan kepada Allah Yang Maha Menentukan jodoh antara kita. Itulah petunjuk yang jelas Allah berikan, di kala perjuangan itu belum selesai....alhamdulillah. Cerita 6 tahun dahulu....Hanya sujud yang mampu mengungkapkan rasa syukurku kepada Tuhan dengan linangan air mata kesyukuran,air mata memohon keampunan dan air mata kehambaan di hadapan Tuhan, Allah Azzawajalla.  Aku sentiasa mendoakan kejayaanmu...semoga keja

Hajah Misiah Yang Ku Kenali

Image
Seorang wanita yang berpangkat ibu dan nenek kepada anak dan cucunya yang kini tinggal di Taman Universiti, Sungai Tangkas, Bangi bersama salah seorang daripada 7 orang anak-anaknya. Ibu ini seorang yang sangat tabah, beliau membesarkan dan mendidik anak-anaknya seorang diri dengan mengambil  upah menoreh getah setelah suaminya dijemput Ilahi seawal usia beliau 34 tahun, dan ketika itu anak bongsunya berumur 4 bulan. Itulah pengalaman yang mendewasakannya dalam menjadikan beliau seorang ibu yang berprinsip dan berpandangan jauh untuk memberikan setiap orang anak-anaknya pelajaran yang terbaik untuk masa depan yang pasti. Aku mengenalinya semenjak Kak Linda memperkenalkannya untuk berurut. Lantas dialah yang mengurut selepas aku bersalinkan Muaz. Orangnya yang peramah dan tak lokek untuk berkongsi pengalaman hidupnya untuk diwariskan. Pernah diceritakannya, suaminya sendiri pernah menyambut kelahiran anaknya kerana Mak Bidan mengambil masa untuk sampai ke rumahnya. Sampai sahaja Mak Bid

Selamat Hari Lahir Mak Tuk..

Image
8 Febuari 2009 genap umur ibuku 53 tahun. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kami ruang adik-beradik untuk menikmati kasih ibu, Aliyah dan Muaz untuk merasai sayang Mak Tuknya. Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan kepada ibuku yang telah mendidik dan membesarkan kami adik-beradik. Terima kasih mak..terima kasih ayah.. Seusai Aliyah Husna mengucapkan Happy Birthday kat Mak Tuknya melalui telefon, sebak kedengaran suara Mak Tuknya di corong telefon. Yelah, cucunya yang sulung, baru berumur 2 tahun 8 bulan mengucapkan selamat, mengungkapkan rindu duduk berjauhan....itulah yang menjadikan Mak Tuk dan atuknya seringkali mahu bercakap dengan Aliyah Husna... Aku pun memberitahu hubbby, "Abang, hari ni birthday Mak Tuk.." 11 Feb pulak birthday Pak Cu nya...Yusfirdaus. Abang pun meluahkan, "Hmm sepatutnya setiap kali birthday anak, kita kena sambut dan wish si ibu..sebab ibulah yang  paling banyak bersusah payah melahirkan anaknya...kalau anaknya ada 10 orang ertinya 10

Bila Permata dan Kaca Dibutakan

Image
Hati ini resah dan tidak tenteram andai ada perkara yang berbuku di hati....bila jari ini tidak meluahkan apa yang berlegar-legar di minda.... Politik di Malaysia dewasa ini dilihat menjadi satu kancah yang melahirkan manusia yang rakus dengan keduniaan dan semakin tidak takutkan akan Tuhan Yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Mereka lupa akan kuasa Tuhan Yang Maha Berkehendak bersifat "kun fayakun...jadi, maka jadilah ia..". Inilah yang dikatakan zaman kian hampir menuju ke akhirnya. "Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada."  (Al-Haj : 46) Banyak ayat-ayat Allah yang begitu jelas untuk digunapakai sebagai arah pandu tunjuk dalam mentadbir diri, isu dan manusia sejagat khasnya, namun apabila Allah telah menutup hati-hati mereka