Posts

Showing posts from 2010

PohonHijau Family Care

Image

"Aku Terima Borangnya"

Image
Assalamualaikum w.b.t Saudara ***iii5*** yang dirahmati Allah, Andai itu tindakan nekad saudara, saya raikan (mungkin itu yg terbaik buat masa ni) , cuma saya ingin berpesan, supaya pergilah dengan hati yg lapang, pesanan kepada diri saya sendiri, mahupun diri saudara; jangan sampai kita berlalu dengan menyimpan seribu dendam, sejuta amarah dan jengkel di hati terkecil kita. Maafkanlah semua orang supaya kita luhur dan lurus di jalan yg diredhaiNya. Wassalam... ************************ Begitulah lewat email yang dihantar Asiah pagi itu. Dadanya lapang walaupun sebak mendasari jauh di dasar lubuk hatinya. "Masih belum menjadi lagi kali ini", getusnya sendirian. Ya Allah, pasti ada hikmah di sebalik setiap percaturan hidup setiap hambaMu, bukan? Dia tidak mengenali penghantar email berkenaan, tetapi nalurinya seakan dapat meneka siapa penulisnya. Dengan gaya bahasa yang tersendiri, dengan maksud ayat per ayat yang penuh erti dan simbolik. Biarlah Allah sahaja yang menentuka

Yang Mahal Itu Satu

Image
Pohonhijau kini terlalu sepi tanpa tuannya. Sibuk kah atau 'apa'kah? Masa itu makhluk. Masa yang telah berlalu, tidak mungkin akan kembali. Benarlah seperti kata Imam Al Ghazali iaitu perkara yang paling jauh ialah masa yang telah pun berlalu. Sudah pasti ia tidak akan kembali. Melihat gambar-gambar ketika zaman uda dan dara, ketika melangkah ke alam penuh barakah alam rumahtangga, zaman memiliki anak pertama dan seterusnya, itu semua masa yang telah pun dilalui. Perginya masa-masa itu bersama seribu satu rasa dan warna. Jika baik permulaannya, insyaAllah akan baik juga lah di pertengahannya. Namun itu semua bukanlah jaminan untuk segalanya berada dalam keadaan yang baik-baik, manis-manis belaka sehingga ke titik yang terakhir. Semoga Allah sentiasa memandu kita dengan taufik dan hidayahNya. Mohon agar Allah tidak sesekali mengkesampingkan diri dan keluarga kita walaupun sekelip mata tanpa inayahNya. Na'uzubillah. Roda & Rona Sentiasa Berputaran Berputarnya roda untuk m

Menelaah Dari Alam

Image
Hari ini 27/7/2010, Selasa Berada di USIM. Alhamdulillah, syukur di atas rezeki dan nikmatmu mendengarkan mutiara iman. Kedengaran sebuah cerita : Seorang ibu yang amat prihatin dan kasihkan anak perempuannya yang bakal berkahwin. Si ibu sempat berpesan : "Ina, dalam meniti usia perkahwinan nanti, Ina cuba jangan zahirkan perasaan marah Na di hadapan suami. Kalau Ina rasa nak marah juga, Ina kaitlah anak patung." pesan si ibu. Reaksi si anak; "Baiklah ibu". Akhirnya pasangan anak si ibu tadi telah selamat diijabkabulkan dan hiduplah mereka dengan limpahan rahmat dan nikmat Allah. Si anak menjadi isteri yang sangat taat kepada suaminya. Itulah kerukunan dalam sebuah mahligai kasih di dunia. Ditakdirkan, si anak perempuan tadi Allah menjemputnya ketika umurnya 40 tahun. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Ina sempat memberitahu suami agar melihat peninggalannya di dalam sebuah kotak yang disimpannya di dalam kamar mereka, yang mana selama ini sang suami tida

Sungguh!!

Image
Sahabat itu cerminan bagi diri. Terima kasih buat sahabat yang banyak berjasa. Menyayangi diri ini sebagai yang terdekat di hati. Serasa degupan jiwa susahmu, sukarmu, sedihmu, gelakmu, gembiramu....suka dan duka bersamamu. Engkau juga pembakar semangatku, di kala aku amat memerlukanmu. Ketika memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa dan warna. Warna-warna hari yang mematangkan diri. Dedikasi ini buat sahabat. Dua hati yang disatukan dengan iman dan cinta. Sebagaimana dua kayu yang disatukan dengan paku, jua dua batu yang disatukan dengan simen. Allah Maha Besar, mendatangkan kasih ini untuk dipinjamkan. Rahmat yang agung walaupun nisbahnya hanya 1 daripada 100. Betapa indahnya baki 99 lagi nikmat di syurga. Sungguh!! Titipan doa buat sahabat, agar jambatan kasih kita dinilai Allah sebagai wasilah untuk redhaNya. Allah Maha Mengasihani, Allah Maha Memberi, Yakinlah wahai hati. Ketika aku jauh, wajahmu mendekatkan. Ketika aku lupa, bicaramu mengeratkan. Ketika aku biasa-biasa, memori t

Women In Business Seminar

Image
3 Julai 2010 Alhamdulillah, dirafa'kan ke hadrat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, memberikan ruang dan peluang untuk menyertai seminar yang sangat bermanfaat ini. Belajar sesuatu dengan orang yang lebih tahu. Terima kasih tidak terhingga buat abi dan Aisyah yang turut menyokong sepenuh hati perjuangan ini pada hari ini. Sesungguhnya berniaga itu sunnah Rasulullah, dan berniaga juga adalah kerjaya isteri agung baginda, Saidatina Khadijah r.a. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan mengundang barakah dari Allah, insyaAllah, asalkan niatnya dipandu dengan betul. Abi dan Aisyah yg mmeberikan full support! Thank you very much. Thanks to Aliyah & Muaz also, mereka berada dengan Achik, Andak, Mak Uda & Chu Chin. Siap makan domino lagi!!!! Tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan yang turut serta menjayakan misi ini. Berdakwah dalam perniagaan, sesungguhnya kepuasan yang tiada galang gantinya. Memberikan sesuatu yang memberikan manfaat agar kembali menuruti syariatN

Mei Oh Mei...

Image
Terlalu lama rasanya membiarkan blog ini tanpa hijau yang menyegarkan. Runtunan tugasan dan guna ruang fikiran yang agak ketat, walaupun agak terpaksa membiarkan pohonhijauku kesepian tanpa bicara. Mei ini terlalu banyak 'event' yang dilalui. Alhamdulillah, hanya kesyukuran bagi Allah yang Maha Memberi. Memberi pelbagai rasa sebagai tarbiyyah untuk hambaNya. Bermula dengan ulangtahun anakanda Aisyah Salwa yang pertama pada 14 April 2010, ulangtahun perkahwinan Safwan dan Yuzi yang masuk tahun yang ke 5, pada 24 April 2010, insyaAllah. (Kami menyambutnya di sebuah masjid di Kg Gesir, Hulu Selangor - sempena PRK Parlimen Hulu Selangor....)Terima kasih atas anugerah ini Ya Tuhan!!, ulang tahun buat diri sendiri yang masih banyak kekurangan, walaupun usia sudah semakin bertambah angkanya....Ya Allah, ampuni daku.... Jerantut oh Jerantut....redhalah hati akan ketentuanNya....Hikmah yang sangat besar menanti di hadapan. Anak-Anak Ummi & Abi "Ummi, nanti tak dapat pahala..&qu

Aktiviti Aisyah & Kakak Sepengajiannya

Image
Selepas solat maghrib, inilah aktiviti Aisyah bersama Kakak Aliyah dan kakak-kakak sepengajiannya. Along dah mengaji Al-Quran, yang lain masih mengaji Iqra'. Aisyah menggantikan Umi mengajar Angah. Ssod di atas Sso....Dhod di atas dho.. Oppsss, Angah jangan la baca laju sangat. Ikut Aisyah ni.... Aisyah : Oohhhh, angah tak nak ikut Aisyah baca ye? Cuba buat tangan macam ni...Aisyah nak ketuk lidi ni kat tangan Angah sikit...boleh tak? Angah : Tak mau la Aisyah. Angah nak baca muka surat sebelah ni. Muka surat yang Aisyah suruh baca tu, Angah dah habis baca la.... Aisyah : Umi!! Tengok Angah ni, dia tak nak ikut Aisyah baca la... Angah : Ustazah, macam mana ni? Umi : (Menggaru kepala yang tidak gatal) Aisyah : Hmmmm..macam mana ye....Ha, tak apa la Angah, kita sambung esok je la ye...Sodakallahul'azim. Datang tau esok malam.... Angah : Ok, insyaAllah Ok, jom kita tangkap gambar pulak.... 1

Safwan ke Tokyo Part I

Alhamdulillah, sebagaimana yang telah direncana dan disempurnakan oleh Allah s.wt, saya dan rombongan lawatan seramai 7 orang telah pun selamat tiba ke negara matahari terbit Jepun kira-kira jam 7.53am 7 Mac 2010 tadi. Perjalanan menaiki pesawat MH088 mengambil masa kira-kira 6 jam 50 minit dari KLIA ke Narita International Airport sejauh hampir 6,759 km telah mendarat ketika cuacu sejuk menjangkau suhu 7 darjah celcius di Jepun. Goto san, sahabat kami dari NEC (Japan) yang telah mengatur jadual kami di Jepun memaklumkan cuaca di Jepun kurang baik kerana 'extreme cold', 'rainy' dan 'windy'. Saya turut memaklumkan kepada beliau bahawa cuaca di Malaysia juga kurang baik kerana 'extreme hot'. Alhamdulillah pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum bertolak, cuaca sudah mula berubah. Hujan lebat telah di turun pada pagi Sabtu. Dari Malaysia lagi saya cuba membayangkan bagaimana untuk menghadapi perubahan dari cuaca extreme hot kepada extreme cold tersebut. Pada ke

Realisasi Impian Bersama - gD

Image
Dari jauh dan dekat, kami datang menyahut seruanmu gD!! gD untuk ummah, pemimpin-pemimpin umat!! Kami teguh berdiri di belakang kalian wahai imam-imam umat Islam!!!! Bersama generasi yang kami lahirkan ini, semoga Allah memberikan petunjuk dalam memandu umat ini seterusnya melindungi penerus mata rantai kami ini untuk terus berada di jalan yang Kau Redhai, Ya Rabb. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atas limpahan rahmat ukhuwwah ini. Kesyukuran atas pertemuan sahabat seperjuangan gelak dan tawa, sendu dan tangis. Tampuk kepimpinan silih berganti, namun setiap daripadanya punyai tujuan yang satu..menempa nama bukan kerna nama dan wang, supaya dikenali dan lebih mengenali siapa dan tujuan apa kita diciptakan dan dilahirkan ke atas muka bumi ini. Tidak lain dan tidak bukan untuk memakmurkan bumi ini dengan pancaran rahmat Allah. Tidakkan Wujud Rebung Jika Tiada Si Induk Buluh! Tahniah buat sesi kepimpinan saudara kami, Ustaz Mohd Hafiszi Othman ya

Kami Usahawan di PohonHijau Network Distributions - (851889 P)

Image
Memanfaatkan masa terluang dengan sebaiknya. Aktiviti usahawan cilik PohonHijau Network Distributions. Jom kita saksikan apa yang mereka usahakan sehingga berjaya... Fasa I Acuan disapu minyak hitam agar bancuhan simen tidak melekat. Simen yang telah dicampur dengan pasir. Bancuhan simen dan pasir. Itu sahaja ramuannya!! Proses pemadatan bancuhan simen agar komposisinya padat di setiap sudut ruang. Selesai mengisi bancuhan konkrit, pasu diikat agar 'kejap' mengacu. Dibiarkan selama 8 jam. Fasa II Selesai 8 jam, acuan boleh dibuka dengan berhati-hati. Penuh teliti dan berhati-hati. Fasa III Sesi mengecat lapisan pertama. Proses mengecat lapisan putih dengan rata.. Sumber tenaga mahir yang banyak membantu proses pengeluaran yang bermutu. Hasil kerja sebahagian daripada tenaga mahir profesional dan separa profesional. Alhamdulillah, inilah hasilan yang terbaik untuk memenuhi tempahan yang ada. Sebarang tempahan hubungi kami di PohonHijau Network Distribution (851889 P) di talian 0