Posts

Showing posts from May, 2009

Aliyah Husna, 3 tahun...

Image
Nama saya Aliyah Husna Binti Ahmad Safwan Bin Atuk Mohamed Makki "Aliyah ingat lagi sebelum ummi lahirkan Aliyah, 28 Mei 2005 tu kan...Aliyah sempat makan nasi beriyani kenduri Bik Yah ngan Cik Man di Putrajaya...sedap sangat...masa tu Bik Yah nikah dengan Cik Man. Bik Yah tu Mak Cik Siti Norbayah, Cik Man tu...Pak Cik Shahrul Zaman..Ummi dan abi Shifa'...Bik Yah tu...kawan baik ummi.....kawan baik tu..macam best friend la.... Tiba-tiba masa pukul 2.00 pagi 29 Mei 2005 tu...ummi rasa sakit perut...abi pulak duduk di ofis lagi sebab kena siapkan kerja...ummi call abi, kemudian terus gi hospital...nak tahu Aliyah lahir pukul berapa? Alhamdulillah...Aliyah selamat lahir pukul 5.09 petang...kesian umi duduk lama dalam labour room...mesti sakit kan ummi...? InsyaAllah, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa ummi dan abi Aliyah. Terima kasih atuk Makki, Wan, Atuk Yusof, Mak Tuk kerana bagi ruang untuk Aliyah bermanja adik-beradik...Terima kasih juga untuk semua Mak Cik2 dan Pa

Hai anak....

Image
Mulianya hati si kecil walau dimarahi dek nakalnya, masih boleh menghulurkan senyuman manis sambil melambaikan tangan dalam kereta Achik yang nak ke rumah Wan, penuh tulus. Luhurnya jiwa si kecil walaupun di tepuk / dicubit tanda sayang mendidik, masih mahu bersungguh-sungguh datang apabila diminta mencium si ibu. Tiada langsung sekelumit masam muka, dendam dan makan hati merajuk. Luhur dan tulus, bersih dan suci...jiwa nan murni terpamer di wajah si kecil yang menjadi penyejuk jiwa si umi dan abi. Menitis air mata si ibu bila si anak kecil pergi mengikut si achik ke rumah wannya...walau pun hanya sebentar...tiada lagi yang mahu menyepahkan barang permainan, tiada lagi yang mahu berebut buku dan warna walaupun telah diperuntukkan seorang satu...tiada lagi sesi kakak jadi cikgu dan adik menjadi murid (main sekolah-sekolah), kakak menjerit memanggil umi apabila adik menarik rambut kakak....(time gaduh la tu)...., soalan si kakak yang bertalu-talu macam lagu bangau oh bangau (lagu yang ti

Chemistry

Image
Tiada kata menggambarkan rasa melainkan chemistry...walaupun jauh dibatasi gunung dan lautan, namun chemistry itu melebihi asid sulfurik berpH 1, natrium hidroksida berpH 14. Itulah ukhuwwah fillah, mahabbah lillah. Lina, Dewi (mendukung Aliyah Husna), Kak Linda dan Ilham ketika dinner amal Darul Fuqaha di Hotel Palm Garden... Kak Linda, we miss u so much!!!! Untuk pengetahuan semua...x-fuqaharian..Elmi dah kahwin..:) Ini adalah antara aktiviti kami yang menautkan hati kami dengan sangat erat.

Cabaran Bermula

Image
Abi datang jemput umi balik dari Chini hari Khamis dan semalam Sabtu, alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah Sg. Merab. Kami bertolak dari Chini jam 10.00 pagi. Perjalanan yang sangat panjang dan mencabar. Bayangkan....kami sampai Sg. Merab jam 6.30 petang....8 jam perjalanan...yang biasannya memakan masa hanya sekitar 4 ke 5 jam sahaja...itu setara naik WSA...boleh pecut n "cruise" kalau naik JCM...kesian abi... Apa tak nya...baru sampai Muadzam, dah ada polis trafik tahan. Kami berada di barisan paling hadapan...ingat ada konvoi polis trafik..rupanya ada 2 team pengayuh basikal nak menyertai piala Tengku Mahkota Pahang..adalah dekat setengah jam duk tercongok tengah jalan tunggu mereka lepas....bila nak mulakan semula perjalanan.....si bobot Muaz pulak mengamuk gara-gara berebut seat yang bukan seat pun....yang berada di tengah antara seat driver n co pilot...dengan bobot Aliyah...Hai pici-pici ni....bila dah ngantuk macam tu la ragamnya... Macam mana abi nak drive, bil

Monolog Demi Masa

Image
"Ya Allah, berilah aku saat itu kembali...saat aku meratap munajat penuh mulus...tanpa jemu dan pudar. Hidayah itu sifatnya datang dan pergi. Datangkanlah ia kepadaku tanpa perlu ia berlalu-lalu lagi....Tetapilah ia di dadaku... Aku merindukan air mataku berlinangan kerana mensyukuri nikmatMu, kerana syukuri pemberianMu, kerana takutkan akan azabMu...aku rindukan itu semua... Aku rindukan saat aku bersamaMu...di kala hambaMu selain enak diulit kehangatan lembaran selimut...itulah sebenarnya waktu yang bermakna..kembalikanlah saat sebegitu...tatkala dahi ini berada berjajaran dengan ibu kaki...menyembah dan mendamba kasihMu...di kala itu juga air mata ini berjujuran setulusnya...itulah pintaku.... Ya Allah, janganlah Kau uji aku dengan KEKAYAAN ini, dengan KETIDAK CUKUPAN ini, dengan LEBIHAN MASA LUANG ini, dengan PERKAHWINAN ku, dengan ISTERI dan SUAMI ku, dengan ANAK-ANAK ku ini...ujian tanda Kau sayang bukan????? Tapi..Ya Allah...bantu dan lorongkan aku dengan petunjukMu atas se

Mulia Kerjaya Bonda

Image
"Li, ni surat mak kau bagi sebelum dia meninggal"  "Aku harap lepas kau baca surat ni kau dapat tengok dunia ni dengan mata hati kau!!!" balas Man penuh geram sambil menepuk dada Nazli yang terpempan. "Ingat Li, aku dah anggap mak kau macam mak aku jugak!!" Man mengakhirkan kata lantas berlalu pergi. Assalamualaikum wrt wbt Li, ' Li, anak mak. Mak tahu suatu hari nanti, Li akan balik juga ke rumah mak ni. Mak minta maaf, ketika Li sampai di rumah ni, mak tak dapat nak bersama dengan Li, peluk Li, makan dengan Li... Li, mak tahu mak banyak menyusahkan hidup Li. Mak tahu, mak lah yang menyebabkan Li malu dengan kawan-kawan Li sejak sekolah dulu sampailah Li dah berkahwin. Mak minta maaf ye Li...Mak sayang sangat kat Li, mak rindu sangat kat Li..walaupun semenjak Li masuk asrama masa tingkatan satu dulu sampai Li masuk universiti, dan sekarang Li dah jadi ahli perniagaan yang berjaya, Li tak pernah balik jenguk mak...tapi mak sentiasa doakan kebahagiaan d

Mei @ May

Image
Begitu banyak sambutan yang akan berlangsung sempena berada dalam bulan Mei  ini... Bermula :  1 Mei - Hari Pekerja 6 Mei - birthday seseorang.. 10 Mei - Hari Ibu (setiap Ahad minggu kedua bulan Mei) 12 Mei - Hari Jururawat Sedunia 15 Mei - Hari Belia Negara 16 Mei - Hari Guru 18 Mei - Hari Muzium Sedunia 25 Mei - Hari peperiksaan pelajar sekolah.. 28 Mei - Anniversary Bik Yah & Cik Man (Siti Norbayah & Zaman) 29 Mei - Birthday Aliyah Husna merangkap cuti sekolah Bulan masihi Mei juga berada di pertengahan tahun yang mana, segala azam dan perancangan boleh di "post mortem" atau dimuhasabah pencapaiannya untuk separuh jangka waktunya.  Kenduri-kendara sahabat juga banyak berlangsung pada bulan ini.... Semoga Allah merahmati dan meredhai segala detik yang berlalu ke atas kita semua...memandu dan memacu haluan hidup kita agar sentiasa berada di jalanNya dan di bawah petunjukNya. "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yan

Ribut 2 Nakhoda

Image
Bagaimanakah rasanya berada di dalam kapal besar yang mempunyai 2 nakhoda? Seorang hendak ke Sumatera dan seorang lagi nakhoda hendak ke Mekong? Ribut bukan???? Inilah ribut yang melanda di DUN Perak....Kini mereka ada 2 MB, 2 Speaker dan 2 Setiausaha DUN... Sama-sama kita nantikan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin ini bagi melihat siapa MB yang sah di Perak.  Isu ini : Nak ulas...buat sakit hati melihat logika dan mantik celik diperkudakan terang-terangan... Tak mahu ulas...pun sakit hati jugak sebab berbuku-buku dan bergumpal-gumpal serabut dalam hati akibat mata yang membaca...minda yang memproses....yang menatijahkan rasa yang jengkel....!!!!! "Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti   pemimpin-pemimpin (yang membawa kesesatan) selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)." -Al-A'raaf ayat 3-

6 Mei 2009

Image
Terima kasih buat semua!!!!

Bila Pagar Makan Padi..

Image
Ketika asyik aku menghirup air koko panas sewaktu minum petang di suatu petang, ibuku memulakan bual bicara. "Kakak nak tahu, Apis dah dapat anak?" "Apis mana ni mak?" setahuku tidak ada kawan-kawan sebayaku yang bernama Apis.  "Apis anaknya Pak Seman"..."Oh Apis..." baru aku jelas Apis yang mana. Apis tu anak Pak Seman dan Tok Ngah. Tok Ngah tu sangat rapat  dengan mak, walaupun tiada ikatan pertalian darah, namun Tok Ngah merupakan kakak angkat kepada mak. Itu yang menjalinkan ikatan yang amat rapat antara kami dua keluarga. Apis tu pula sebaya adikku yang kedua berumur 22 tahun.  Oleh kerana Apis tidak minat belajar, dia tidak mahu menyambung pelajarannya ke mana-mana selepas tamat SPM. Masanya yang panjang terluang dihabiskan begitu sahaja dan kadangkala dia mencuba nasib tinggal di Johor bersama abangnya untuk mencari sebarang pekerjaan yang boleh dilakukannya. Tetapi tidak lama, dia tinggal bersama abangnya....akhirnya Apis pulang jua ke ka