pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Mei & Nostalgia Bersahabat

Begitu cepat rasanya hari berlalu, bulan sudahpun berganti baru....

Sedar tak sedar, itulah sebenarnya realiti yang berlaku...bumi tidak pernah lupa dan berhenti rehat daripada berputar di orbitnya untuk mengelilingi matahari, selagi belum diperintahkan Allah untuk berhenti mahu pun berputar terbalik. 

Tahniah untuk Elmi, sahabat seperjuangan ketika menabur khidmat di Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Alhamdulillah, semalam sahlah Ustaz Elmi Al-Hafiz bergelar suami kepada sang isterinya. Semoga kehidupan kalian dilimpahi rahmat dan inayah Allah sehingga ke syurga....amin.

Bulan ini juga adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan sahabat suka dan duka ketika di kampus dahulu...Puteri Shuhana Abd Manap dan suaminya Hafeez. Semoga kelahiran insan baru yang kedua ini dipermudahkan Allah swt dan menambahkan lagi seri mahligai rumahtangga kalian.....insyaAllah...amin...

Sahabat Dynamic @ generasiDyanamic, saya amat merindui kalian....Caah, Ana, Zalin, Huda, Za (maaf banyak-banyak tak dapat hadir kenduri), Ayong Zalina Md Zin, Uya, Rini....Rasa macam baru semalam bawa Ana naik motor JEE 1630 dari Sc. Komp ke YPM, solat maghrib di surau YPM bersama Shu, Ana dan Za, meeting LM di RZ dan bilik JKP KE 5th kolej bersama Huda, Zalin dan Atuk Mazuan...

Kembalikan nostalgia itu...dekatkan jarak itu  agar pertemuan anak-anak mata antara kami melunaskan segala kerinduan yang berbuku, semoga hati-hati kami terus bersatu kerana namamu Ya Allah.....semoga tautan ini menjadi bukti kasih sayang kami sesama sahabat dan mampu menaungi diri kami ketika di alam mahsyar nanti ketika tiada naungan daripada sesiapa pun melainkan 7 golongan yang dijanjikan Allah akan naungan itu...yang mana salah satunya ialah dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

0 comments: