pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Mulia Kerjaya Bonda

"Li, ni surat mak kau bagi sebelum dia meninggal" 

"Aku harap lepas kau baca surat ni kau dapat tengok dunia ni dengan mata hati kau!!!" balas Man penuh geram sambil menepuk dada Nazli yang terpempan.

"Ingat Li, aku dah anggap mak kau macam mak aku jugak!!" Man mengakhirkan kata lantas berlalu pergi.

Assalamualaikum wrt wbt Li,

' Li, anak mak. Mak tahu suatu hari nanti, Li akan balik juga ke rumah mak ni. Mak minta maaf, ketika Li sampai di rumah ni, mak tak dapat nak bersama dengan Li, peluk Li, makan dengan Li...

Li, mak tahu mak banyak menyusahkan hidup Li. Mak tahu, mak lah yang menyebabkan Li malu dengan kawan-kawan Li sejak sekolah dulu sampailah Li dah berkahwin. Mak minta maaf ye Li...Mak sayang sangat kat Li, mak rindu sangat kat Li..walaupun semenjak Li masuk asrama masa tingkatan satu dulu sampai Li masuk universiti, dan sekarang Li dah jadi ahli perniagaan yang berjaya, Li tak pernah balik jenguk mak...tapi mak sentiasa doakan kebahagiaan dan kejayaan untuk Li. 

Mak bangga sangat dengan Li, anak mak. Satu-satunya anak mak. Anak mak ni pandai dan sekarang Li dah berjaya dalam hidup Li. 

Mak minta maaf, mak tak berniat nak menakutkan isteri Li dan anak Li masa mak datang rumah Li tempoh hari. Mak janji mak tak akan datang lagi rumah Li. 

Ada satu perkara yang mak nak Li tahu. Dulu, masa Li 7 tahun, kita sekeluarga terlibat dalam kemalangan. Itu yang menyebabkan ayah meninggal dan alhamdulillah Allah masih lagi beri kesempatan untuk kita berdua meneruskan hidup. Mata kanan Li rosak teruk dan tak dapat nak diselamatkan. Jadi mak degan rela hati, mak bagi mata kanan mak ni pada Li. Mak tak mahu Li nanti akan diejek dan dicemuh dengan kawan-kawan di sekolah...Mak tak nak Li rasa malu dan rendah diri dan itu semua akan mengganggu pelajaran dan masa depan Li.

Berjujuran air mata Nazli tanpa dapat dibendung. Selama ini, dia sangat malu mempunyai ibu yang buta sebelah matanya. Apatah lagi si ibu bekerja di kantin sekolahnya ketika Nazli sekolah menengah. 

Nazli tidak pernah balik walaupun ketika cuti sekolah dan cuti semester juga kerana ibu. Malu dengan keadaan si ibu. Apatah lagi ketika itu Nazli sudah punya teman istimewa yang menunggu masa untuk berkahwin. Sanggup Nazli menipu dengan mengatakan dia seorang anak yatim piatu dan hidup sebatang kara kepada bakal isterinya dan bakal mertuanya. 

Si ibu yang sarat menanggung rindu menggagahkan dirinya untuk mencari rumah anaknya. Akhirnya si ibu berjumpa dengan rumahnya, namun si anak Nazli tidak mahu mengakui yang hadir tercegat di pagar mewahnya itu sebagai ibunya di hadapan isteri dan anaknya. Sehinggakan si ibu menggelarkan dirinya sebagai mak cik kerana takutkan memalukan si anak Nazli ekoran matanya yang buta sebelah. Akhirnya si ibu meninggalkan rumah mewah si anak dengan beralasan, "Oh..minta maaf ye..mak cik tersalah rumah" lalu berlalu pergi. Betapa hiba dan sayu hati si ibu kerinduannya yang membuak dibalas sedemikian. 

Itulah kisah terbitan dan lakonan Sheila Rusly yang berjaya menakung dan menitiskan air mata saya. Mesejnya sangat mengetuk hati dan jiwa nurani yang waras.

"Tahniah Li, kerana kau berjaya menyakiti hati ibu kau!!!" Man menyambut kedatangan Nazli yang baru sampai di halaman rumahnya. 

"Aku bukan anak derhaka! Buktinya aku telah berjaya dalam hidup aku sekarang" balas Nazli penuh bongkak.

"Itu dulu Li, berkat doa yang mak kau doakan setiap saat dan detik ketika hidupnya. Sekarang doanya dah tak ada lagi untuk kau!!!!"

"AWAS Li..." balas Man tanda mengingatkan...




Itulah IBU.....sanggup buat apa sahaja asalkan anaknya bahagia, asalkan suaminya bahagia....dirinya tidak pernah diletakkan sebagai yang pertama....mesti anaknya yang didahulukan....

Itulah EMAK...sanggup bersakitan pening, loya dan muntah, diicucuk masuk air ketika mengandung kerana "dehidration" akibat alahan...membawa ke hulu dan ke hilir kandungan yang memboyot yang beratnya kurang lebih 3 ke 4 kg, bukan dikandar dengan bahu, malah hanya dengan kulit perutnya!!! 

Ketika saya mengajar di Darul Fuqaha, subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1, saya pernah menyuruh anak-anak murid saya membawa kelapa muda yang belum dikopek. Saya membuat modul sepanjang 80 minit masa Pendidikan Islam di dalam kelas, saya menyuruh anak-anak murid saya mengikat kelapa muda tadi di perut mereka sambil berdiri beberapa ketika. 

Untuk pengatahuan, anak-anak murid saya itu semuanya lelaki. Belum sampai 10 minit menggendong kelapa muda di pinggang, sudah ada bunyi-bunyi keluhan "Ustazah, lenguhlah...." Itu bukan keluhan nakal seorang pelajar lelaki, tetapi keluhan serius mereka....!!!



Berat sebiji kelapa muda itu saya kira masih belum menyamai jisim seorang bayi, jisim air ketuban dan jisimnya plasenta / uri.

Itulah Ummi, nyawa jadi taruhan tatkala tiba saat kelahiran anaknya. Sakitnya "contraction" hanya Allah sahaja yang tahu....tiada kata dan bahasa yang mampu menggambarkannya...sewaktu kecilnya juga, pasti tidak akan dibiarkan babynya dihinggapi walaupun seekor nyamuk...titisan susu yang diminum anaknya tidak pernah diminta bayaran mahupun galang ganti..






Terima kasih mak, Misyam Bt Hj Sidas, terima kasih mak.....Hjh Siti Rohani Bt Manaf.....doakan kami anak-anakmu moga menjadi soleh solehah....


0 comments: