pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Mei @ May



Begitu banyak sambutan yang akan berlangsung sempena berada dalam bulan Mei  ini...

Bermula : 

1 Mei - Hari Pekerja

6 Mei - birthday seseorang..

10 Mei - Hari Ibu (setiap Ahad minggu kedua bulan Mei)



12 Mei - Hari Jururawat Sedunia

15 Mei - Hari Belia Negara

16 Mei - Hari Guru

18 Mei - Hari Muzium Sedunia

25 Mei - Hari peperiksaan pelajar sekolah..

28 Mei - Anniversary Bik Yah & Cik Man (Siti Norbayah & Zaman)

29 Mei - Birthday Aliyah Husna merangkap cuti sekolah


Bulan masihi Mei juga berada di pertengahan tahun yang mana, segala azam dan perancangan boleh di "post mortem" atau dimuhasabah pencapaiannya untuk separuh jangka waktunya. 

Kenduri-kendara sahabat juga banyak berlangsung pada bulan ini....

Semoga Allah merahmati dan meredhai segala detik yang berlalu ke atas kita semua...memandu dan memacu haluan hidup kita agar sentiasa berada di jalanNya dan di bawah petunjukNya.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan supaya mentaati kebenaran dan berpesan-pesan supaya menetapi kesabaran." 

-Al-Asr : ayat 1 hingga 3-

Semua manusia berada dalam keadaan  RUGI apabila dia tidak mengisi waktunya dengan perbuatan-perbuatan baik.

Selamat Hari Ibu buat semua emak, ummi, ibu, mama, mummy.....semoga kerjaya seorang ibu mendapat redha Allah di akhirat kelak.....alam yang kekal abadi..



0 comments: