pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Ribut 2 Nakhoda



Bagaimanakah rasanya berada di dalam kapal besar yang mempunyai 2 nakhoda? Seorang hendak ke Sumatera dan seorang lagi nakhoda hendak ke Mekong? Ribut bukan????




Inilah ribut yang melanda di DUN Perak....Kini mereka ada 2 MB, 2 Speaker dan 2 Setiausaha DUN...

Sama-sama kita nantikan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin ini bagi melihat siapa MB yang sah di Perak. 

Isu ini : Nak ulas...buat sakit hati melihat logika dan mantik celik diperkudakan terang-terangan...

Tak mahu ulas...pun sakit hati jugak sebab berbuku-buku dan bergumpal-gumpal serabut dalam hati akibat mata yang membaca...minda yang memproses....yang menatijahkan rasa yang jengkel....!!!!!


"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin (yang membawa kesesatan) selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)."

-Al-A'raaf ayat 3-

0 comments: