pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Selepas solat maghrib, inilah aktiviti Aisyah bersama Kakak Aliyah dan kakak-kakak sepengajiannya. Along dah mengaji Al-Quran, yang lain masih mengaji Iqra'.


Aisyah menggantikan Umi mengajar Angah. Ssod di atas Sso....Dhod di atas dho..

Oppsss, Angah jangan la baca laju sangat. Ikut Aisyah ni....

Aisyah : Oohhhh, angah tak nak ikut Aisyah baca ye? Cuba buat tangan macam ni...Aisyah nak ketuk lidi ni kat tangan Angah sikit...boleh tak?

Angah : Tak mau la Aisyah. Angah nak baca muka surat sebelah ni. Muka surat yang Aisyah suruh baca tu, Angah dah habis baca la....


Aisyah : Umi!! Tengok Angah ni, dia tak nak ikut Aisyah baca la...

Angah : Ustazah, macam mana ni?

Umi : (Menggaru kepala yang tidak gatal)

Aisyah : Hmmmm..macam mana ye....Ha, tak apa la Angah, kita sambung esok je la ye...Sodakallahul'azim. Datang tau esok malam....

Angah : Ok, insyaAllah

Ok, jom kita tangkap gambar pulak....

1, 2, 3..senyum.....Abang Muaz tak ada, dia ke surau dengan abi..

Assalamualaikum semua.....jumpa lagi..Doakan Aisyah pandai mengaji ya....