Posts

Showing posts from February, 2010

Realisasi Impian Bersama - gD

Image
Dari jauh dan dekat, kami datang menyahut seruanmu gD!! gD untuk ummah, pemimpin-pemimpin umat!! Kami teguh berdiri di belakang kalian wahai imam-imam umat Islam!!!! Bersama generasi yang kami lahirkan ini, semoga Allah memberikan petunjuk dalam memandu umat ini seterusnya melindungi penerus mata rantai kami ini untuk terus berada di jalan yang Kau Redhai, Ya Rabb. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atas limpahan rahmat ukhuwwah ini. Kesyukuran atas pertemuan sahabat seperjuangan gelak dan tawa, sendu dan tangis. Tampuk kepimpinan silih berganti, namun setiap daripadanya punyai tujuan yang satu..menempa nama bukan kerna nama dan wang, supaya dikenali dan lebih mengenali siapa dan tujuan apa kita diciptakan dan dilahirkan ke atas muka bumi ini. Tidak lain dan tidak bukan untuk memakmurkan bumi ini dengan pancaran rahmat Allah. Tidakkan Wujud Rebung Jika Tiada Si Induk Buluh! Tahniah buat sesi kepimpinan saudara kami, Ustaz Mohd Hafiszi Othman ya

Kami Usahawan di PohonHijau Network Distributions - (851889 P)

Image
Memanfaatkan masa terluang dengan sebaiknya. Aktiviti usahawan cilik PohonHijau Network Distributions. Jom kita saksikan apa yang mereka usahakan sehingga berjaya... Fasa I Acuan disapu minyak hitam agar bancuhan simen tidak melekat. Simen yang telah dicampur dengan pasir. Bancuhan simen dan pasir. Itu sahaja ramuannya!! Proses pemadatan bancuhan simen agar komposisinya padat di setiap sudut ruang. Selesai mengisi bancuhan konkrit, pasu diikat agar 'kejap' mengacu. Dibiarkan selama 8 jam. Fasa II Selesai 8 jam, acuan boleh dibuka dengan berhati-hati. Penuh teliti dan berhati-hati. Fasa III Sesi mengecat lapisan pertama. Proses mengecat lapisan putih dengan rata.. Sumber tenaga mahir yang banyak membantu proses pengeluaran yang bermutu. Hasil kerja sebahagian daripada tenaga mahir profesional dan separa profesional. Alhamdulillah, inilah hasilan yang terbaik untuk memenuhi tempahan yang ada. Sebarang tempahan hubungi kami di PohonHijau Network Distribution (851889 P) di talian 0

"8 Teachable Moments"

Image
Ibu bapa wajib menjadi motivator kepada para anaknya. Wajib. Tiada pilihan harus mahu pun sunat atau makruh. Begitulah superior motivator yang mahu dibangunkan dan disedarkan bagi mana-mana yang alpa, lalai lagi leka, mahu pun juga terlepas pandang. Inisiatif dari Excel Training & Consultancy Sdn Bhd. Mengangkasa Ibu Bapa sebagai Motivator Hebat!!!! Jangan Pandang Belakang Tiada istilah terlambat dalam pendidikan. Pusingan masa yang ada itulah proses pendidikan yang sepatutnya berlaku, sarat ilmu dan hikmah. Usah dimarahi si anak akibat pecahnya pinggan ibu atau pasu milik ibu yang paling disayangi. Jangka hayat pasu dan pinggan ibu itu, sudah sampai masanya....adakah pasu dan pinggan ibu itu lebih penting dan disayangi daripada si anak yang mana jika si anak itu diajarkan doa kedua ibu dan bapanya, mereka akan membacanya tanpa rasa dendam walaupun setelah dimarahi oleh siibu berkali-kali. Teganya ibu. Sudah tentu pasu dan pinggan yang cantik itu tidak bisa langsung mendoakan tuann

Selamatkah Dunia Hari Ini Untuk Anak Kita?

Image
Sejauh mana anak-anak kita akan sentiasa berada bersama dengan kita? Mata kita akan sentiasa mengawasi tindakan mereka, akhlak mereka, tindak tanduk mereka dalam pergaulannya sesama adik-beradik, muamalahnya bersama kawan-kawannya, muamalahnya bersama orang yang lebih tua daripadanya? Tentunya kita tidak mampu untuk mengawasinya bagaikan CCTV yang sentiasa merakamkan situasi automatik sepanjang masa. Daya penerokaan mereka seharusnya dipandu dengan panduan-panduan yang sangat berguna. Daya kreativiti mereka seharusnya dilorongkan dengan suatu asas dan dasar yang kukuh dengan aqidah dan akhlak Islam yang sebenar. Nilai vs Hedonistik Memetik kata-kata seorang penceramah ketika mendengar forum di Masjid Hasanah, pening memikirkan bagaimana hendak mengawal anak daripada cabaran masa kini yang sangat ekstrim. Terlalu mudahnya anak-anak ini mendapat pengaruh sumbang jangankan ketika melangkah ke luar rumahnya, bahkan di dalam rumah juga mereka amat mudah untuk memperolehinya. Daripada "