pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

"8 Teachable Moments"

Ibu bapa wajib menjadi motivator kepada para anaknya. Wajib. Tiada pilihan harus mahu pun sunat atau makruh. Begitulah superior motivator yang mahu dibangunkan dan disedarkan bagi mana-mana yang alpa, lalai lagi leka, mahu pun juga terlepas pandang. Inisiatif dari Excel Training & Consultancy Sdn Bhd. Mengangkasa Ibu Bapa sebagai Motivator Hebat!!!!

Jangan Pandang Belakang

Tiada istilah terlambat dalam pendidikan. Pusingan masa yang ada itulah proses pendidikan yang sepatutnya berlaku, sarat ilmu dan hikmah. Usah dimarahi si anak akibat pecahnya pinggan ibu atau pasu milik ibu yang paling disayangi. Jangka hayat pasu dan pinggan ibu itu, sudah sampai masanya....adakah pasu dan pinggan ibu itu lebih penting dan disayangi daripada si anak yang mana jika si anak itu diajarkan doa kedua ibu dan bapanya, mereka akan membacanya tanpa rasa dendam walaupun setelah dimarahi oleh siibu berkali-kali. Teganya ibu. Sudah tentu pasu dan pinggan yang cantik itu tidak bisa langsung mendoakan tuannya apa-apa hatta menuturkan sepatah kata!

Yang silap itu lepas, sudah berlaku, peranan kita mengambil pelajaran daripadanya....bina motivasi baru, suasana baru..

HARAMkan perkataan -VE di dalam rumah

"Apalah kau ni bodoh sangat. Yang kau pukul kakak kau tu kenape, hah!!!??"

"Hoi, pekak ke? Ibu panggil ni tak dengar ke!!??"

"Kenapa degil sangat ni? Kan Umi kata jangan ambik adik punya...."

HARAMkan semua perkataan negatif di dalam rumah. Jadikan rumah kita syurga dunia, manis dipandang mata, indah untuk didiami, tenang untuk dihuni....seisinya. Kata-kata buruk dan negatif itu adalah doa wahai IBU dan AYAH. Ketahuilah para ibu dan ayah, umi dan abi....sebagaimana apa yang dituturi dari mulut mustajab ibu dan ayah....itulah anak-anak kita akan menjadi...dituturnya soleh, solehlah anaknya, dituturnya lembap, lembap lah anak itu, dituturnya hebat, HEBATlah anak itu nantinya. Itulah tiket yang Allah berikan, semestinya dan sewajibnya tiket itu digunakan untuk menempah kediaman keluarga kita di syurga......amin.

Berhati-hatilah wahai insan yang bernama ibu, awasi tuturmu...tuturmu itu doa yang sangat maqbul untuk anak-anakmu....


"8 Teachable Moments"

Waktu yang sangat berharga dan paling baik untuk mengajar / menasihati anak.

1. Sebelum Tidur


Ada 4 orang anak, cubalah sebelum tidur dipeluk, dicium, dipuji untuk merangsang waktunya yang panjang semasa tidurnya yang dikawal minda separa sedar setiap seorang tanpa gagal. Anak yang ketawa sebelum tidur, akan ketawa dan gembira semasa tidurnya, dan begitulah sebaliknya. Apa sahaja perkataan yang didengar sebelum anak itu tidur, akan di 'recall' semasa tidurnya.

Usah lokek mengatakan "Muaz, kamu anak soleh, Muaz anak hebat, Aliyah, kamu anak solehah, kamu anak yang rajin tolong-menolong, Aisyah anak solehah......apa sahaja yang +VE!!"

"Umi sayang Syifa'...."

2. Semasa Anak Tidur
Interaksi ibu ayah semasa anak sedang tidur juga sangat membantu, sama ada bercakap di dalam hati mahupun menuturkan nasihat sambil mengusap kepala anak yang sedang tidur.

3. Ketika Bangun Tidur
Anak yang bangun dari tidur, otak dan mindanya bersih/fresh. Jadi sebaiknya ibu bapa perlu merangsang dengan perkataan yang hebat!

Kejutkan anak dengan memicit hujung ibu jari kakinya, memanggil anak dengan nama penuhnya, dipeluk, dicium, dan memimpinnya untuk mandi pagi dan solat subuh.

4. Selepas Mandi
Kajian mendapati keadaan seseorang selepas mandi mempunyai gelombang alpha - sejenis gelombang yang memberikan rasa tenang, segar, nyaman. Jadi inilah masa terbaik untuk memberikan nasihat dan kata-kata perangsang yang baik kepada anak-anak yang disayangi.
5. Selepas Solat
Seusai membaca doa, di atas tikar solat itulah masa terbaik dalam memberikan nasihat dan motivasi.


6. Selepas Mengaji Al-Quran
Selepas anak diajar mengaji oleh ibu atau ayahnya, sentiasalah ungkapkan kata-kata yang baik, merangsang dan mengujakan sifat-sifat mahmudahnya. Kerana Al-Quran itu adalah shifa', penawar yang paling mustajab bagi hati.

7. Selepas didoakan anak Al-Fatihah, Ayat Kursi, Al-Insyirah, 3 Qul, dan Surah Toha ayat 1-5 (penawar untuk melembutkan hati) - usai didoakan, lontarkan nasihat kepadanya.


8. Selepas dimarahi ibu atau ayahnya


Apabila siibu baru sahaja memarahi atau menegur si anak atas kesalahannya, bapa sebaiknya mengambil peranan untuk mendekati si anak tadi dengan mengambil pendekatan menjelaskan mengapa siibu marah, peluk si anak, marah sebagai refleksi SAYANG....bukannya menyakitkan lagi minda anak, "Ha...itulah, kan ayah dah kata tadi, jangan main...bla...bla..", "Jangan kawan ngan ibu ye....ibu marah Hazim ye tadi....sian Hazim kan...". Hentikan. Stop!!!

Hidup satu proses pembelajaran dan medan praktikal. Untuk melahirkan para anak yang bermotivasi, si ibu dan ayah perlu terlebih dahulu bermotivasi. Antara suami dan isteri, pastikan agenda meminta maaf dan memaafkan pasangan dan orang lain sebelum tidur setiap malam, insyaAllah mampu untuk mengekalkan kerukunan dan kasih sayang.

Ibu ayah setiap kali balik dari kerja, stress, muncung bla..bla...macam mana nak bagi anak motivasi??Suasana indah dan tenang di rumah?? Begitulah lontaran untuk kita teladani dan telusuri dengan penuh hikmah....

Terima kasih ayah, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, berkongsi ilmu yang sangat hebat. Mari kita praktikkan sahabatku, wahai ibu-ibu dan ayah-ayah....

6 Feb 2010
Dewan Jubli Perak, Shah Alam

0 comments: