Posts

Showing posts from March, 2009

Biz Pelajaran Terbaik

Image
Suatu masa dahulu dunia perniagaan adalah satu elemen yang agak asing diterapkan atau diperkatakan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Amat jarang ibu atau ayah yang menanamkan sifat dan sikap agar suatu hari nanti..."Man, kamu jadilah tauke Pasaraya Halal".."Siti, kamu jadilah tauke ikan keli yang berjaya".."Timah, kamu belajar pandai-pandai, kemudian teroka dan jadilah tauke taugeh halal untuk kegunaan muslim seMalaysia"... ....."Hakim, besar nanti, kamu jadilah designer tshirt dan jadi supplier tshirt muslimah untuk jadi pakaian kepada remaja sekarang yang pakaiannya yang tak cukup kain...."..."Along, Milo ni buatan Nestle, syarikat Amerika, ko belajao sampai Universiti lepas tu buat kajian macam mana nak hasilkan milo Muslim..." Malahan ibu ayah zaman dahulu lebih menerapkan anak-anaknya agar menjadi "Minah, ko belaja pandai-pandai..jangan jadi macam ayah ni bajak sawah...ko jadilah Pilot bawak kapal terbang...terjamin sikit hidup

Aliyah..Aliyah..

Image
Mereka berdua bagaikan belangkas... Ummi kalau menghadap laptop, pasti ada yang menemani, kalau tak Aliyah, Muaz....paling kurang pun dua-dua sekali akan duduk dan bagi lah komen-komen yang patut!!! Posting hari ni, tentang Atlas Of Creation....nak tahu apa Aliyah komen....??? "Ummi, tu atuk sape?" (bila dia tengok gambar Charles Darwin) Ummi pun jawablah.." Nama dia Charles Darwin..." Lepas tu Aliyah menyambung lagi.... "Ummi, atuk tu comel la....."  Ummi pun gelak besar.....ha..ha..ha..

Atlas Mengancam Eropah

Image
" kreationisme Islam menawan Perancis "  - The Washington Post " Sebuah atlas luar biasa telah menawan Switzerland "  - Le Matin, Akhbar Harian Belgium " Kementerian Pelajaran Paris panik dan meminta agar buku tersebut tidak diajarkan di bilik darjah "  - Die Welt, akhbar harian terbesar Jerman " Ia adalah serangan paling hebat ke atas evolusi dalam tempoh yang sangat lama : demikianlah persepakatan para saintis Eropah yang baru-baru ini menerima naskhah percuma Atlas of Creation "  - Majalah Science, Isu 16 Feb 2007. Demikianlah sebahagian respon beberapa media massa Barat terhadap penyebaran buku percuma gergasi yang dinamakan "Atlas of Creation". Buku setebal 770 halaman telah dikirimkan dari Turki ke beratus-ratus sekolah, perpustakaan, institut pengajian tinggi dan orang perseorangan termasuk saintis dan wartawan seluruh Turki, Perancis, Amerika Syarikat, Belgium, Switzerland, Itali, Scandinavia dan Sepanyol. Penyebaran atlas ini m

Selamat Memulakan Tugas Guru

Image
Diucapkan selamat memulakan tugas buat para guru di semua institusi ilmu di seluruh negara!! Ilmu adalah amal jariah. Pahalanya berterusan selepas kematian. Golongan pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para Rasul, kerana dia mendidik MODAL yang paling berharga - iaitu modal insan! Bayangkan...seorang jurutera hanya berdepan dengan mesin dan alat-alat teknologi, TETAPI pendidik berdepan dengan sikap dan peribadi teknokrat itu sendiri. Seorang doktor pula menangani penyakit lahiriah, manakala seorang pendidik menangani penyakit rohani! Pendidik Mesti Mendidik Bukan Sekadar Mengajar Apa beza mendidik dan mengajar? Mengajar hanya memberitahu, memahamkan dan menyampaikan, mendidik pula dengan kaedah mengajak, mendorong, membimbing dan memantau!! Contohnya, mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya, tentang sah, batal, rukun dan syaratnya. Hasilnya pelajar kita tahu sembahyang. Manakala mendidik pula lebih kepada mengajak. Kita ajak pelajar sama-sama bersembah

Istikharah Bersejarah

Image
"Kak Nita, ceritalah pengalaman akak. Macam mana akak istikharah?" Salwa bertanya penuh serius.  Dia yang sekarang ini sedang dilema untuk membuat keputusan untuk masa depannya.  Kak Nita yang dari tadi hanya mendengar celoteh Salwa, adik kesayangannya..mula membuka bicaranya. Bab nak membuat pilihan ni, bukanlah suatu kerja yang mudah. Ia memerlukan satu komitmen yang benar-benar bulat dan nekad dihadirkan bersama hati yang tulus dan benar-benar mengharapkan petunjuk Allah. "Kak Nita dulu turut mengalami situasi yang sama dengan Salwa. Penuh dilema, macam mana nak buat keputusan. Calon yang datang bukanlah calang-calang, sebab itu akak tak mahu membuat keputusan yang sia-sia. Kerana Nabi pernah berpesan,  " Apabila ada yang meminang anak gadismu, dan kamu senang pada agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah. Kalau tidak kamu lakukan, sama halnya dengan kamu membuat fitnah di muka bumi dan menimbulkan kerosakan yang besar " (Hadis Riwayat At-Tirmizi) "Akak mu

Aiskrim Tanpa Was-Was

Image
HPA baru melancarkan produk baru, namanya aiskrim Toyyibah...Belum cuba lagi, memang nak rasa!!!! Di Bandar Baru Bangi Seksyen 9 ada satu kedai HPA baru buka...yang mana duduk Sg. Merab, Putrajaya dan Bangi, bolehlah serbu produk muslim lagi halal!!!

Kuih Kaswi

Image
Hmmm....ni tengah tunggu kuih kaswi masak....entah pukul berapa nak masaknya...baru letak atas dapur dalam pukul 5.30...ingat nak bawak minum petang bersama atuknya, wan, dan acik-acik Aliyah ngan Muaz kat rumah wan...Aliyah dengan Muaz duk rumah wannya dari pagi tadi.  Asal abi bersiap-siap nak pergi kerja, pasti mereka berdua itu asyik ikut sahaja langkah abinya ke mana sahaja abi pergi..bersikat rambut, pakai stoking, isi air dalam tupperware...lepas tu salam ummi dan cium ummi. Abi buka je pintu, mereka dah pun meluru ke pintu kereta....buka pintu kereta dan dah naik ke dalam pun....Nasib baik cuti sekolah ni wan nya pun turut cuti...bolehla main dengan cucu-cucu Sg. Merab. Cucu lain jauh duk Johor...Sumaiyah, Najihah dan Aiman. Nak menumpang kasih cucu yang dua orang ni lah....Aliyah dan Muaz......

Laman Duta, IKEA & Banjero..

Image
Sabtu, 14 Mac 2009 minggu lepas, aktiviti disusun dengan cermat kerana banyak agenda yang perlu diselesaikan. Seawal pagi sudah memikirkan sarapan apa hendak dibuat..bila ternampak ada keledek, cepat-cepat aku merebusnya untuk dibuat sarap cek mek molek. Aliyah dan Muaz yang bangun awal juga terus mandi dengan abinya. Perancangan nak berjogging di Laman Duta, depan Kamdar Putrajaya. Seronok taman tu, pengunjungnya tak berapa ada nak berjogging ke, nak main playground kat situ, cantik memang sangat cantik....tapi sayang....seribu kali sayang....pekerja Bangla je yang ramai yang membersihkan taman saban hari...orang tempatan dok tidok lagi awal pagi yang menyeronokkan itu.....Setelah cek mek molek siap, kami bawalah ke taman untuk bersarapan di sana.... Dalam puku 9.30 pagi, kami berkejar ke Dewan Sg. Merab, ada pelajar UKM buat program rehabilitasi. Lecturer dan komitte program siap turun, namun kurang mendapat sambutan daripada penduduk kampung. Agaknya, bahasanya tinggi sangat kot...o

Ukhuwwah Itu Indah

Image
Salam Jumaaat buat semua!!! Semoga setiap jiwa pencinta Rabbi menanamkan azam untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Jadikan hari ini hari yang terbaik untuk kita semua melabur ibadah kepada Yang Maha Pengasih dan Penyayang...mulakan hari dengan niat yang baik, insyaAllah keberkatan akan turun mencurah-curah. Jangan lupa panjatkan syukur di atas segala kurniaanNya...nikmat udara, kesihatan, anak-anak, keluarga, rezeki, masa..semua itu tiada nilai yang boleh disetarakan. Bila dah jumpa blog sahabat-sahabat, membaca kisah hidup sahabat-sahabat yang dahulunya pernah berkongsi suka dan duka, alangkah nikmatnya bila Allah menemukan kembali, biarpun bukan bersua mata dan jasad. Syamilah sahabat sekolej masa asasi di 7th kolej, Yuzaini dan Normi sahabat sebilik semasa di 1st kolej. Kak Bahiyah walaupun tidak pernah tinggal sekolej, namun perkenalan dan pertemuan yang singkat membuahkan akrab dan contoh teladan yang baik, atas senioritinya. Lina juga walaupun pengajiannya pa

Percutian Yang Menyeronokkan

Image
Sabtu minggu lepas kami berpeluang untuk pulang ke kampung halaman di Felda Chini...lama tak balik, dah hampir 3 bulan...alhamdulillah, ada rezeki juga balik sebelum cuti panjang. Kami bercadang untuk bertolak awal, seawal 4.00 pagi. Kemas-kemas dan loading barang, akhirnya 5.30 pagi juga bertolaknya dari Sg. Merab. Seronok travel pagi-pagi...kerana terasa rahmat Allah dan kesegaran mencurah-curah di kala beraktiviti berpagi-pagian ini. Aliyah dan Muaz angkat aje, masuk dalam kereta, mereka sambung tidur aje. Lebih kurang 6.07 minit pagi kami sampai ke RR seremban, kami menunggu masuk waktu subuh dan solat di Petronas. Aliyah dan Muaz terjaga, mereka pun bersarapan roti krim coklat seawal 6.00 pagi!... Kami pun meneruskan perjalanan. Abi telah menunjukkan tanda-tanda mengantuk...lepas exit tol Senawang, abi "streching" dulu..ada pulak polis buat "road block", sebelum tol tapi menghala ke KL. Ini mesti nak sekat orang yang nak gi kuliah bahasa di Istana Negara!!...Ap