pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Percutian Yang Menyeronokkan

Sabtu minggu lepas kami berpeluang untuk pulang ke kampung halaman di Felda Chini...lama tak balik, dah hampir 3 bulan...alhamdulillah, ada rezeki juga balik sebelum cuti panjang. Kami bercadang untuk bertolak awal, seawal 4.00 pagi. Kemas-kemas dan loading barang, akhirnya 5.30 pagi juga bertolaknya dari Sg. Merab. Seronok travel pagi-pagi...kerana terasa rahmat Allah dan kesegaran mencurah-curah di kala beraktiviti berpagi-pagian ini. Aliyah dan Muaz angkat aje, masuk dalam kereta, mereka sambung tidur aje. Lebih kurang 6.07 minit pagi kami sampai ke RR seremban, kami menunggu masuk waktu subuh dan solat di Petronas. Aliyah dan Muaz terjaga, mereka pun bersarapan roti krim coklat seawal 6.00 pagi!...

Kami pun meneruskan perjalanan. Abi telah menunjukkan tanda-tanda mengantuk...lepas exit tol Senawang, abi "streching" dulu..ada pulak polis buat "road block", sebelum tol tapi menghala ke KL. Ini mesti nak sekat orang yang nak gi kuliah bahasa di Istana Negara!!...Apalah, sampai macam tu sekali mereka takutkan orang yang nak berjuang bahasa ibunda sendiri!!! 

Ummi ambik alih driving sebelum masuk Bukit Putus. Lambat betul jalan alternatif Bukit Putus tu siap. Kenapa lah baru sekarang (2, 3 tahun lepas) baru nak dimulakan buat jalan alternatif Bukit Putus tu. Dah tahu jalan tu jalan utama, tapi pihak pemerintah dan pihak berkuasa, macam tak tahu betapa bahaya jalan tu yang sangat berisiko untuk berlaku tanah runtuh. Bayangkan, jalan yang selama ini dilalui oleh pengguna jalan raya, terpaksa melalui jalan bengkang-bengkok yang mana jalan itu berada di antara kaki bukit dan lereng bukit...berapa kali terserempak dengan lori treller panjang yang tersangkut kat selekoh tajam tu, dan kebetulan hari itu jalan tersebut ditutup untuk kenderaan berat, sebab ada tanah runtuh....Dah tutup separuh dah jalan tu, tawakkal ajelah lalu jalan tu pagi tu....



Masa ummi drive, abi, Aliyah dan Muaz tengah tidur. Dengan kesegaran pagi, alhamdulillah ummi tak ngantuk, lagi seronok ade bawak kereta. Bawak dalam 80 km/j..orang belakang nak potong, potonglah....berapa banyak kereta yang dah potong ummi, biarlah..asal ummi bahagia...(agaknya dalam hati mereka berkata, patutla slow, perempuan yang bawak...).


Sampai kat Kuala Pilah, abi terjaga. "Eh! Ummi, dah sampai Kuala Pilah!!!" Hmmm..abinya memang macam tu...dia memang jenis cepat mengantuk time driving. Bagilah kopi kapal api ke, kopi jantan ke, gula-gula paling pedas pun...semua tak laku...hanya tidur sekejap aje yang laku untuk menampung rasa ngantuknya...kebetulan ada pasar tani kat Kuala Pilah, jadi kami pun singgah sarapan kat situ. Jam 7.30 pagi kami sampai kat situ. Kami sarapan murtabak comel kat situ...kami pun jalan-jalan sekitar pasar tani, beli ikan keli dan sedikit buah tangan untuk dibawa ke rumah atuk dan mak tuk. Mereka tak tahu kami nak balik ni, memang sengaja surprise...

Sekitar 8.30 pagi, kami memulakan perjalanan semula...kali ni abi dah mendapat sinergi yang mantop untuk drive. Sampai ke Simpang Pertang, kami singgah ke surau tepi jalan, untuk Aliyah dan Muaz mandi!!!! Wah seronok mereka berdua ni, asal travel je, pasti seronok...siapa yang tak seronok, jalan-jalan...dari dalam perut lagi mereka dah diajar travel!! Seminggu, dua minggu sebelum "due" dah jalan dan travel merata-rata, gi Temerloh, Johor, Melaka dan sebagainya!!! Lepas dah mandi, sapu-sapu sikit laman surau tu, baru kami bertolak semula meneruskan perjalanan....

Akhirnya kami sampai ke rumah mak tuk sekitar jam 11.30 pagi. Punyalah terkejut atuknya yang tengah bersiap-siap nak gi kenduri. "La, balik nape tak cakap.." Terkejut dalam gembira bila berjumpa cucu-cucu Aliyah dan Muaz yang terkedek-kedek jalan mendapatkan atuknya!!!

Aliyah dan Muaz bersama atuknya

Aliyah dan Muaz bersama Cu nya

Seronok percutian kali ini. Kebetulan birthday atuk 9 Mac 2009, jadi kami balik untuk meraikan birthday atuk, mak tuk dan cu sekali. Potong la kek coklat durian, tempah kat Kaseh bakery. Cuti sempena maulidur rasul dimanfaatkan sepenuhnya untuk merapatkan silaturrahim. Kami bertolak balik Sg. Merab pagi Isnin. Singgah dulu ke Palong, ziarah Kak Ila yang baru menimang cahaya mata, kemudian kami terus ke Melaka, Sg. Udang nak ziarah Rohana. Kebetulan Shahrul pun ada di sana. Sempat la merasa kopi asli buatan mak cik Shahrul....pucuk dicita ulam mendatang...sedap betul aroma kopi dan rasanya!!!!

Kami bertolak balik dari Sg. Udang jam 8.30 malam. Dah masuk highway, jalan agak jammed, jadi kami exit Seremban, dan lalu jalan dalam. Sebelum tu sempat lagi abi tidur kejap kat tol exit Seremban tu...Sekitar jam 11.30 malam baru kami sampai rumah. Alhamdulillah!!! Kau telah selamatkan perjalanan kami pergi dan pulang.....syukur alhamdulillah!!!!


2 comments:

ubm said...

Comelnye baby2 yang tido tu..tu termasuk abi safwan ke..hehe..Semoga semua sihat2 belaka ye..chomey blog la..

12 March 2009 at 14:02  

Hmm..termasuk Abi Safwan la tu...kan cukup 3 orang tu....he..he..abi, Aliyah dan Muaz....Mana satu abi, Aliyah dan Muaz tu...ikutlah mana2 satu antara 3 di atas....

12 March 2009 at 14:42