pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Biz Pelajaran Terbaik

Suatu masa dahulu dunia perniagaan adalah satu elemen yang agak asing diterapkan atau diperkatakan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Amat jarang ibu atau ayah yang menanamkan sifat dan sikap agar suatu hari nanti..."Man, kamu jadilah tauke Pasaraya Halal".."Siti, kamu jadilah tauke ikan keli yang berjaya".."Timah, kamu belajar pandai-pandai, kemudian teroka dan jadilah tauke taugeh halal untuk kegunaan muslim seMalaysia"...


....."Hakim, besar nanti, kamu jadilah designer tshirt dan jadi supplier tshirt muslimah untuk jadi pakaian kepada remaja sekarang yang pakaiannya yang tak cukup kain...."..."Along, Milo ni buatan Nestle, syarikat Amerika, ko belajao sampai Universiti lepas tu buat kajian macam mana nak hasilkan milo Muslim..."

Malahan ibu ayah zaman dahulu lebih menerapkan anak-anaknya agar menjadi "Minah, ko belaja pandai-pandai..jangan jadi macam ayah ni bajak sawah...ko jadilah Pilot bawak kapal terbang...terjamin sikit hidup ko.."....



" Amin, besar nanti ko jadilah enginior ke, doktor ke, ahli farmasi ko....jangan jadik macam omak ni jual kuih pagi-pagi, goreng pisang petang-petang...."



Sedangkan perniagaan adalah satu medan ilmu yang mengajar erti berdakwah, berpolitik, bersosial, bersiasah, membangunkan potensi diri, menajamkan akal asal jalannya menurut syariat...sekalipun hanya berniaga jual bola golf di tepi jalan!!!!

Berniaga pekerjaan yang mulia, kerana itulah Allah memberikan tarbiyyah kepada Nabi junjungan besar Muhammad s.a.w melalui sekolah berniaga selain mengembala kambing sebelum diberi tugas kerasulan! Ada sebab kenapa Allah memberikan "jalan" itu kepada baginda Rasulullah, memperdagangkan barang dagangan milik Saidatina Khadijah...sehingga ke negeri Syam. Jika berniaga tidak membawa apa-apa pelajaran unggul yang tersirat, boleh sahaja Allah takdirkan nabi sewaktu mudanya, hanya belajar dan terus belajar berguru dengan mana-mana tok guru yang ada pada zamannya seperti Waraqah Bin Naufal dan sebagainya untuk menambahkan ilmu di dada......

Mentaliti hari ini, mungkin para ibu bapa muslim sudah tidak boleh lagi bermentaliti sepertimana mentaliti ibu bapa 20 - 40 tahun lalu...hasilnya anak-anak ibu bapa zaman 20 - 40 tahun lalu, menghasilkan anak-anak yang memandang enteng dengan profesyen penjaja goreng pisang, penjaja durian di lori-lori...kalau mereka mendapat laluan mudah berada di dalam institusi kerajan sehingga ke tahap JUSA tidak mengapa.....ni yang terpaksa sambung kontrak menjadi technician makmal walaupun kudrat tidak mengizinkan. Alasannya anak-anak masih ada lagi yang perlu ditanggung...walaupun umur si bapa tadi telah pun hampir mencecah 60 tahun!!! Menjadi guard yang jadual kerjanya bersyif...berjaga malam....menjadi tukang kebun dan macam-macam lagi yang sepatutnya golongan atuk-atuk ini sudah boleh bergoyang kaki dan berehat sahaja di rumah sambil melakukan aktiviti bermanfaat...membaca buku ilmiah, bermain dengan cucu dan lain-lain.....








Usahlah malu untuk berniaga, mulakan dengan apa sahaja perniagaan yang halal walaupun kecil-kecilan...Peluang sudah luas terbentang di hadapan mata, cuma atas lidah dan mulut kita untuk mengatakan ya ataupun tidak....

Kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan dan dokongan padu sahabat-sahabat yang turut sama memperjuangkan usaha murni ini. 

1. Ein Sg. Merab / Cyberjaya
2. Huda dan anak buah, Temerloh
3. Kak Yong Us Akil Desa Putra
4. Kak Ila Palong 3, Gemas
5. Kak Sahreah Tangga Batu, Melaka dan sanak saudaranya
6. Ana Sg. Udang, Melaka
7. Shu dan Hafeez Kg. Jawa
8. Kak Suzaini Kg. Tali Air, Banting
9. Us  Rafi Banting
10. En Alias Bkt Changgang
11. Mak Tuk Chini / Lepar
12. Cikgu Salina Chini
13. Kak Rafisha MPI
14. Wardah Dengkil & Semenyih
15. Fatimah Sabah
16. Kak Ina Zahari Desa Saujana
17. Induk Hanim Salak Tinggi
18. Mazuan dan Kak Miffrah Sg. Pelek dan Lukut
19. Kak Liza Taman Desa Jenderam
20. Kak Yati Banting
21. Us Fuad dan Kak Gee Gemencheh
22. Kak Sakina Labohan Dagang
23. Mak Wan Kolej Mara Banting
24. Adik Masturah Makki, Matrikulasi UIA Nilai
25. Yan Makki and d ' gang, UIA Kuantan
26. Adik Seri Pekan

Perniagaan kini bukan sahaja bernilai untuk punca side income, malah yang lebih penting dari itu adalah sebagai memenuhi keperluan dari hujung rambut sehingga hujung kaki seseorang individu muslim daripada pengeluar muslim kepada pengguna muslim khasnya.

0 comments: