pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Laman Duta, IKEA & Banjero..

Sabtu, 14 Mac 2009 minggu lepas, aktiviti disusun dengan cermat kerana banyak agenda yang perlu diselesaikan. Seawal pagi sudah memikirkan sarapan apa hendak dibuat..bila ternampak ada keledek, cepat-cepat aku merebusnya untuk dibuat sarap cek mek molek. Aliyah dan Muaz yang bangun awal juga terus mandi dengan abinya. Perancangan nak berjogging di Laman Duta, depan Kamdar Putrajaya. Seronok taman tu, pengunjungnya tak berapa ada nak berjogging ke, nak main playground kat situ, cantik memang sangat cantik....tapi sayang....seribu kali sayang....pekerja Bangla je yang ramai yang membersihkan taman saban hari...orang tempatan dok tidok lagi awal pagi yang menyeronokkan itu.....Setelah cek mek molek siap, kami bawalah ke taman untuk bersarapan di sana....





Dalam puku 9.30 pagi, kami berkejar ke Dewan Sg. Merab, ada pelajar UKM buat program rehabilitasi. Lecturer dan komitte program siap turun, namun kurang mendapat sambutan daripada penduduk kampung. Agaknya, bahasanya tinggi sangat kot...orang kampung mana la tahu makna REHABILITASI....satu lagi, mungkin faktor baru bermula cuti sekolah ramai yang ambik anak di asrama, balik kampung dan sebagainya. Kami pun terpaksa balik awal sebab nak pergi kenduri di Shah Alam pula...Mak dan Abah pula hendak bertolak ke Johor bersama Aliyah menghadiri kenduri Mak Long. Nak pulak Aliyah ikut Wan nya....asal berjalan, tak kisah dia...walaupun  bermalam...

Kami bertolak ke Shah Alam, Dewan Guthrie sekitar jam 1.00 tengah hari...nak memulakan perjalanan di waktu panas terik, memang banyak dugaannya...nasib baik abinya dah simpan stok  energy sebelum bertolak tadi...dah tidur dulu sebelum bertolak...kami solat zohor di RR Shah Alam, mandikan Muaz (sebab sebelum bertolak dia tidur)....dan akhirnya sampai ke lokasi sekitar 2.15 petang. Kami mewakili mak dan abah, ni kenduri adik dan kakak Aiman Md Amin (engineering UM)...Pak Cik Amin dan isterinya sangat rapat dengan mak dan abah..sama-sama belajar dulu di negara orang. Jumpalah Aiman dan Kak Suzi Aida...tapi tak sempat nak sembang sebab masing-masing sibuk melayan saudara-maranya.


Sekitar 3.15 petang kami meneruskan perjalanan pula ke IKEA, Damansara. Hampir nak sampai IKEA hujan sangat lebat. Di IKEA tu sememangnya orang sentiasa ramai...walaupun tak membeli pun, cuma window shopping sebab tengah ada sale sampai minggu depan...Aliyah ikut Wan ngan atuk ke Johor, maka Abdullah Muaz sahaja yang ikut abi ngan ummi....mungkin ada yang kata "ni anak baru sorang la ni.." he..he...best lah Muaz tu, ditatang bagai minyak yang penuh...Muaz kalau berjalan ke shopping complex memang tak mahu dipegang...nak jalan sendiri, lepas tu kacau orang lain...nak bagi dia duduk diam, dudukkan aje kat dalam troli...penat lah tu berjalan...


Lepas dah melepasi ruang "showroom", kami ke ruang store untuk pick up barang yang dihajati...Tak ada pun berhajat sangat....dapatlah dua benda si Mammut dan Aneboda...Sambil duduk melepaskan lelah sambil bermesyuarat di store, tiba-tiba terdengar "announcement" ...."Kepada pemilik kenderaan JCM 5043, sila tutupkan lampu kenderaan anda"..."Ya Allah, sepanjang 3 jam berada dalam IKEA ni, baru terdengar announcement tu....rupanya dah banyak kali announcement dibuat...abinya lupa nak tutup lampu kereta, yelah sebelum sampai tu hujan, tak perasan bukak lampu....habislah...bateri weak dan mesti kereta JCM tu kena tolak baru boleh jalan....dugaan....

Beberapa minit kemudian, Kak Ina jiran rumah telefon bagitahu rumah banjir.....rumah dia memang banjir teruk...oh ya ke?!!! Tak dapat bayangkan macam mana rumah kami banjir...dengan karpetnya.....wah!!!!! Ya Allah, selamatkanlah rumahku...kami pun bergegas pulang, alhamdulillah, JCM tak perlu ditolak...boleh dihidupkan macam biasa...kami singgah solat di surau kegemaran kami, Shell Sg. Besi. Sampai rumah sekitar jam 9.30 malam....kami cepat-cepat masuk rumah....nak tengok macam mana banjirnya...waktu kami sampai, Kak Ina dan Hafiz tengah basuh keseluruhan rumahnya, sebab banjirnya masuk sampai ke bilik...!! Alhamdulillah, rumah kami hanya berair di kawasan dapur, habis tikar getah berselut tanah merah...apalagi, abinya pun memulakan operasi membersihkan lantai tanpa bertangguh. Muaz dah tidur kepenatan, kalau tak pasti dia akan turut serta membersihkan lantai bersama abi kesayangannya!!.


Walaupun penat, namun ia adalah pengalaman yang menyegarkan buat kami sekeluarga!!!

0 comments: