pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Resipi Donut Bulat Semulut..


Resipi ni dapat daripada Kak Ida Zomorni, Desa Saujana...special donut...rasailah perbezaannya berbanding donut biasa...(belum cuba..belum tahu.., jadi kenalah cuba ye..)

Bahan-bahan :

1 kg tepung gandum
4 biji kentang (rebus dan sejukkan)
4 sudu besar marjerin
5 sudu besar gula
1 peket mauripan

(kalau 1kg tepung banyak sangat untuk 2 orang makan...jadi...gunalah matematik tajuk nisbah...nisbahkan sukatan dan amaun mengikut bahan yang kita perlukan)

Cara-cara membuatnya (senang aje) :

1. Kentang yang telah direbus - di blend bersama gula, marjerin, mauripan dan 1 cawan air       dituang ke dalam blender dan blend.

2. Tuang bahan blend tadi ke dalam tepung dan uli..sehingga dough menjadi lembut dan gebu

3. Canai dough dan terap dengan acuan. Acu guna penutup botol lada sulah kat bawah ni...





4. Biar seketika untuk donut comel naik sendiri..

5.  Goreng ke dalam kuali....


6.  Angkat dan taburkan gula...




7. Donut sedia dimakan dengan air koko sedap!!!! 









Dia dipanggil donut bulat semulut sebab kecomelannya mudah untuk terus dimasukkan ke dalam mulut....nyummmmm..nyum...nyummmmm  cubalah...untuk sarapan esok pagi atau minum petang esok...Pagi tadi Aliyah dengan Muaz  habis makan sepinggan..Hakim, Shifa', Ain, Mukmin, Hasif mesti suka....

1 comments:

Zurina said...

sedapnya...nak cubalah. ingat jemput2 kentang kak ogy! sedap jugak tu...

22 February 2009 at 17:45