"2, 4, 6, 8, 10" seringgit. "2, 4, 6, 8, 10" dua ringgit. Ligatnya dan penuh berhati-hati jari Anis mengira syiling di kotak syiling di bahagian dashboard kereta, sambil si suami memandu penuh perhatian. Menuju ke sebuah warung untuk pasangan ini mengisi perut yang kian meronta untuk diisi. Lapar. "Allah uji kita sungguhkan, Anis?" balas Faris. "Ujian itu kan tanda Allah sayang...kalau Allah tak bagi ujian sebegini, mungkin kita makin jauh dengan Allah...siapa tahu?" Anis menenangkan perasaan suaminya. Dia tahu Faris sedang merasa serba salah dengan kekangan kewangan yang berlaku dari sehari ke sehari. Sehelai demi sehelai duit tabungan mereka, tabung perniagaan, diambil untuk membeli barang dapur, kalau tidak manakan berasap. Anak-anak lagi, amanah yang perlu dilangsaikan tanggungjawabnya sebagai ayah dan ibu yang menyara hidup mereka. Lantaran Faris tidak menerima gajinya pada bulan lepas, kerana syarikat tempat dia bekerja mengalami sedikit ma...
Comments