Hajah Misiah Yang Ku Kenali


Seorang wanita yang berpangkat ibu dan nenek kepada anak dan cucunya yang kini tinggal di Taman Universiti, Sungai Tangkas, Bangi bersama salah seorang daripada 7 orang anak-anaknya.

Ibu ini seorang yang sangat tabah, beliau membesarkan dan mendidik anak-anaknya seorang diri dengan mengambil  upah menoreh getah setelah suaminya dijemput Ilahi seawal usia beliau 34 tahun, dan ketika itu anak bongsunya berumur 4 bulan. Itulah pengalaman yang mendewasakannya dalam menjadikan beliau seorang ibu yang berprinsip dan berpandangan jauh untuk memberikan setiap orang anak-anaknya pelajaran yang terbaik untuk masa depan yang pasti.

Aku mengenalinya semenjak Kak Linda memperkenalkannya untuk berurut. Lantas dialah yang mengurut selepas aku bersalinkan Muaz. Orangnya yang peramah dan tak lokek untuk berkongsi pengalaman hidupnya untuk diwariskan. Pernah diceritakannya, suaminya sendiri pernah menyambut kelahiran anaknya kerana Mak Bidan mengambil masa untuk sampai ke rumahnya. Sampai sahaja Mak Bidan ke rumahnya, sudahpun selesai dan selamat bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan. Hebat!! Dari situlah beliau mempelajari ilmu perbidanan.

Pagi tadi sekali lagi aku dan hubby berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah badanku yang sering sakit sana dan sini...Maklumlah dah semakin sarat, Aliyah dah dua hari demam...muntah dan cirit-birit. Kasihan Aliyah. Adik yang sekecil Muaz pun berjiwa besar dan memahami erti kasih sayang kepada kakaknya, teman sepermainanan kadangkala teman bertekak..Diciumnya kakaknya, dibuainya kakaknya ketika kakaknya baring di "rocker" sambil berzikirlah kononnya...(mengikut bahasa kanak-kanak 1 tahun 3 bulan)...

                  

Berbalik kepada cerita Hajah Misiah, ada satu petua bagi mereka yang diberi petanda kembar darah ketika mahu melahirkan, sebelum berlakunya "contraction". Kembar darah adalah istilah sahaja. Ada dua keadaan dan petanda kebiasaan  bagi ibu-ibu yang mahu melahirkan. Satu petanda darah, dan kedua petanda keluarnya air ketuban yang dipanggil  kembar air. 

Kembar darah memang menyakitkan. Pengalamanku semasa bersalinkan Aliyah dan Muaz, kedua-duanya menerima petanda kembar darah. Pernah lah sehingga aku menggigit kolar baju suamiku untuk menahan sakitnya "contraction". Menurutnya, kembar air tidaklah menyakitkan...setelah habis semua air ketuban keluar, maka keluarkan bayi melihat dunia barunya.

Petua  menahan sakitnya "contraction" disebabkan kembar darah ialah dengan makan tebu hitam dengan gula melaka atau kelapa parut. Jika tiada tebu hitam, tebu biasa pun boleh. Ketika menahan sakit "contraction" di dalam "labour room" tu, cubalah amalkan.





Menanti saat kelahiran adalah suatu saat dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Bagi suami yang melihat sendiri bagaimana isterinya melahirkan anaknya sudah pasti akan menjadikan peristiwa itu satu peristiwa yang amat menginsafkan. Begitulah rupanya ibu kita melahirkan kita....sudah pasti dengan seribu satu kepayahan dan kesakitan semenjak kita berumur satu hari ketika di alam rahim, sehinggalah kita berumur satu hari di alam dunia fana ini.....

Terima kasih ibu kerana melahirkanku....Jasamu tidak terhitung dan berbalas dengan aku mengucapkan terima kasih....hadiahku untukmu setiap kali selepas solat....doa kesejahteraanmu dunia dan akhirat...Doakan aku menjadi anakmu yang SOLEHAH. Amin.


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE