Kejayaanmu Semakin Hampir..Abang..


Tiada ungkapan yang lebih menepati maksudku selain terima kasih. Itupun aku rasa masih belum mencapai maksudku yang amat dalam. Terima kasih atas kesabaran menjaga anak-anak yang diuji dengan demam, muntah dan cirit-birit. Terima kasih atas komitmen menjalankan sebahagian tugasan dalam rumahtangga ini. Dikaulah suamiku dunia dan akhirat. Dikaulah abi yang paling disayangi oleh anak-anakmu Aliyah Husna dan Abdullah Muaz. Oleh kerana itulah mereka sangat merindui kepulanganmu pulang ke rumah setelah hari menjelang petang. Itulah kuasa kasih sayang yang ada padamu.







Syukurku kupanjatkan kepada Allah Yang Maha Menentukan jodoh antara kita. Itulah petunjuk yang jelas Allah berikan, di kala perjuangan itu belum selesai....alhamdulillah. Cerita 6 tahun dahulu....Hanya sujud yang mampu mengungkapkan rasa syukurku kepada Tuhan dengan linangan air mata kesyukuran,air mata memohon keampunan dan air mata kehambaan di hadapan Tuhan, Allah Azzawajalla. 




Aku sentiasa mendoakan kejayaanmu...semoga kejayaan mengiringimu menuju ke puncak kejayaan. Yakinlah, bahawasanya kejayaanmu itu semakin hampir!!!!! Sesungguhnya engkaulah "pohon hijau" kami...umi,  Aliyah dan Muaz...


Terima kasih Abi Safwan.....

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), 
kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. 
Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." 
(Al-Insyirah : 5-8)


Ikhlas dari : Isterimu..


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE