pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Bayar Hujung Bulan Ye...


"Eh, cantiknya baju ni....dari mana kau dapat?" teruja  Maria dengan kain batik yang dibawa oleh Aisyah dalam sekarung beg plastik biru.

"Adik aku punya ni...aku saja bawak nak tunjuk kat ko dan kawan-kawan...kut-kut ada yang berkenan.." balas Aisyah senyum.

"Tak payah la ko pergi Pasar Khadijah ke, butik ke...nak dapatkan kain batik ni....

"Haah kan..betul juga tu. Lagi pun aku tak berapa suka pergi kat butik-butik ni....dah la mahal....yang paling aku benci nak kena bayar dan cari parking.." sokong Maria bertalu-talu.

Sambil membelek-belek kain pasang bercorak batik yang dibawa oleh Aisyah..Maria akhirnya berkenan dengan kain batik berwarna lembut berwarna hijau pucuk pisang.

"Aku ambik yang inilah..." "Berapa harganya Cah?"

"Yang tu aku bagi RM 55". 

"Ok...baik-baik....hmmm Cah, aku bayar hujung bulan boleh?"

Nak tak bagi, kawan sendiri...bila tak bagi nanti dikatanya pulak terlalu berkira dengan kawan sendiri....

Akhirnya..."Oklah....tapi janganlah semua ko bayar hujung bulan....sekurang-kurangnya ko cubalah bayar separuh dulu ke...." cadang Aisyah cuba membetulkan persepsi dan sikap sang sahabat.

"Oklah...nah lah ambik RM 30 ni...bakinya aku bayar hujung bulan ye..."

"Ok"

Itulah dilema berniaga sesama rakan. Seakan sudah menjadi kebiasaan untuk mengungkapkan "bayar hujung bulan", "tunggu gaji masuk".....sedangkan sebenarnya sepanjang tempoh penangguhan itu, masih banyak lagi urusan yang tergendala akibat proses penangguhan yang diminta. Yang menanggung beban dan rugi adalah sang pengeluar dan pemodal yang mendapatkan barangan secara tunai....

Sebab itulah ramai peniaga Melayu Islam dilihat melata mengendalikan periagaan kecil-kecilan...dan kalau dilihat trend suatu masa dahulu, di kedai-kedai runcit kedapatan buku 555 atau buku log panjang untuk masuk hutang kerana pelanggan tidak punya tunai yang cukup untuk melangsaikan transaksi pembelian. Cara begini adalah tidak sihat....kerana bila sikap menangguh ini dibiasakan, seolah-olah membenarkan sikap ini dan mengambil kesempatan kerana yang menjual itu adalah sahabat sendiri..walhal keadaan waktu itu adalah mampu. Cuma hendak bersimpan-simpan supaya ada lebihan yang lebih dan selesa sehingga menunggu gaji masuk  25 hb setiap bulan.

Hal sedemikian adalah terkecuali bagi mereka yang benar-benar tidak mampu...yang paling dan amat menyedihkan ialah...sikap suka menangguh ini seakan lali bila berakad jual beli dengan perniagaan tidak formal seperti berniaga sesama rakan yang dikenali.

Mengapa tidak ye meminta tangguh "bayar hujung bulan" ketika membeli belah di pasaraya atau Nagoya, Jakel dan KAMDAR?


1 comments:

UMMUSHIFA' said...

Sabarlah sahabat..orang yang tiada pengalaman menjual kurang faham keperitan mengeluarkan modal kerana mereka asyik membeli..biasa berhutang dengan orang biasa...agaknya kita kena jadi orang yang luar biasa baru diorang anggap penjual macam tokey kamdar ke nagoya ke..erm..

12 April 2009 at 11:03