pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Palestin Isu Sejagat

Inilah dia Qiblat pertama kita  Masjidil Aqsa yang menjadi rebutan antara
 Muslim, Yahudi dan  Nasrani.


Hari ini sudah masuk hari yang ke 13 pembedilan Israel laknatullah ke atas darah suci umat Islam Palestin. Entahkan manusia atau binatang kepala-kepala Israel yang bertindak tanpa sekilas rasa belas dan kasihan. Sehinggakan sekolah dan masjid pun diasak dengan bedilan bom dan roket.


Konflik Agama Atau Kemanusiaan?

Secara terang dan zahirnya isu Palestine ini timbul berpunca daripada kedua-dua konflik tersebut. 

Semua negara di dunia ini adalah negara yang merdeka, namun bagi negara Islam Palestin ini mula dijajah secara rasmi sejak tahun 1948 sehingga sekarang. Kesemua hak mereka dinafikan di mana dalam Persidangan PBB, terdapatnya usul-usul dan resolusi yang mengutuk tindakan Israel, namun usul tersebut hanya menjadi usul di dalam persidangan semata-mata. Tanpa ada tindakan yang sewajarnya. Contohnya ketika pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin oleh Israel, telah diwujudkan satu usul yang telah dipersetujui untuk mengutuk tindakan Isrsel yang telah membunuh seorang lelaki tua yang tidak bermaya . Namun kuasa veto telah digunakan oleh Amerika Syarikat untuk menyekat usul tersebut daripada diterima oleh PBB. 


Sejarah ketika Islam berkuasa di Baitulmaqdis, Islam amat menjaga hak kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama. Amat malang bila Israel menguasai sekarang ini mereka menafikan hak kehidupan. Dari segi agama, isu masjid Aqsa yang sedang dikuasai dan dikotori oleh musuh Islam. Padahal itu kiblat pertama kita. Disebabkan kita tidak mendapat maklumat dan tidak mengambil peduli, isu Palestin ini hanya tinggal begitu sahaja.  Mungkin sekiranya perkara yang sama berlaku ke atas masjidil haram, mungkin sensiviti kita akan terus bertindak ke atas Israel. Barangsiapa yang berjaya menguasai Palestin, maka dia akan menguasai dunia,itulah yang pernah diungkapkan oleh pahlawan tersohor, Salahuddin Al-Ayyubi. Begitu jugalah yang pernah diucapkan oleh Napoleon Bonaparte.



0 comments: