pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Lebih Teliti, Lebih Sensitif, Lebih Baik...

Semua makanan adalah harus selagi mana sesuatu makanan itu disahkan haram oleh syarak seperti mana yang diterangkan dalam kalamullah, iaitu Al-Quran. Mutakhir ini semakin rancak industri makanan ini dipelopori oleh individu atau komuniti muslim yang saya kira sudah semakin celik dengan apa yang kita kunyah untuk mengisi perut yang lapar, ataupun apa sahaja makanan yang diberikan kepada anak-anak atau orang-orang yang disayangi.



Wajah Di Sebalik Logo

Usah mudah sangat diperdaya dengan sesuatu makanan yang apabila diperiksa mengandungi logo HALAL. Asalkan ada logo HALAL, semacam ada lesen untuk kita terus membelinya. Cuba latih diri sendiri, tidak kiralah sama ada anda seorang suami mahu pun isteri, hatta seorang anak, sebelum membeli barangan makanan kegemaran kita, periksa dahulu status HALALnya dengan JAKIM. Sangat mudah, hanya dengan sms, anda akan terus mendapatkan statusnya dari JAKIM dalam masa tidak sampai satu minit (kalau tiada masalah sistem).


Bagaimana menghantar SMS Halal Malaysia?

Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa sahaja. Untuk menyemak, sila taip :

Taip halal [nombor kod bar] Contoh halal [ 9551234567891]

hantar ke 32728 | DAPAT

Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada Hub Halal JAKIM mengenai status semakan anda.

  1. Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Sah
  2. Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat Tempoh
  3. Sekiranya maklumat tersebut tiada di Hub Halal JAKIM, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai



Remeh...Ala....Biskut Aje...

Suatu hari anda rasa, teringin sangat nak makan biskut gula (biskut lemak biasa yang di atasnya ditabur gula). Pada pandangan mata kasar memang kita tidak menyangka bahawa biskut kering yang 'simple' sebegitu, manakan ada bahan-bahan yang mungkin dicampurkan dengan bahan yang tidak halal. Cuba periksa tengok. Adakah jenama yang kita bakal ambil itu mempunyai sijil sah halal dengan JAKIM. Walaupun semua 'packing' berkenaan mempunyai logo halal. Sedangkan jenama itu, bukanlah jenama yang koman-koman, iklan besar di tepi highway, dalam televisyen dan lain-lain.

Jangan kedekut dengan kos yang dikenakan lantaran menghantar sms (RM0.50), menerima sms kembali jawapan dari sistem hub halal JAKIM (lagi RM0.50), jika hendak dibandingkan dengan halal tak halalnya makanan yang bakal disuapkan ke mulut kita itu!!!

Antara produk yang mana kaum ibu dan isteri, para suri rumah yang mungkin terlepas pandang akan produk itu yang mempunyai logo halal, namun sejauh mana kesahihan, kejituan, kepersisan halalnya melalui logo yang dipaparkan indah-indah saja di label produk. Iaitu, stok / perencah ikan bilis atau pun stok / perencah ayam yang mana kebiasaannya perencah inilah yang menambahkan sedap masakan kita. Better you CHECK before you BUY!!! Jenama-jenama biskut, minuman yogurt/prebiotik yang amat disukai oleh anak-anak kita, produk suremee (macam-macam bebola ikan, sotong, ketam etc, frankfurter, nuggets dll)

Kelas vs Tak Kelas

Alah, apa kelas makan aiskrim aaa, tak sedap macam aiskrim zxcdecd. Tengok packaging pun dah tau macam mana rasanya...apa kelas minum kopi bbb, tak kick la macam kopi ozxzd zxcxcn. Apa kelas pakai bedak ccc, tak sewangi bedak vcxvcb. Apa kelas pakai lipstik ddd, tak long lasting dan berkilau kilat macam lipstik zxcvbnx! Apa kelas pakai ubat gigi eee, tak tahan lama la bau nafas busuk. Baik pakai zcxzcdsfrec!!!

Biarlah labu itu dengan kelas-kelasnya.....


Kata Orang vs Kata Tuhan


Biarlah orang nak kata kita ni pegawai KPDNHEP ke, apa ke, yang penting kita tahu apa nak dijawab bila Allah tanya nanti di sana. Apa yang kamu makan, apa yang kamu bagi anak-anak kamu makan, apa yang kamu gunakan kepada duit itu....Seekor burung yang amat kerdil semasa zaman Nabi Allah Ibrahim a.s, ketika baginda di bakar dalam api yang sangat besar oleh Namrud. Burung yang kecil itu sedaya upaya mencedok air dari takungan air berhampiran dengan paruhnya, berulang alik ke arah maraan api yang membakar Nabi Allah Ulul'azmi.

Walaupun usaha itu adalah sesuatu yang MUSTAHIL untuk memadamkan api tersebut pada pandangan akal, namun apabila burung itu ditanya oleh rakan burungnya yang dari tadi memerhatikan usahanya itu, apa jawabnya : "Sekurang-kurangnya aku ada jawapan apabila Allah tanya aku di hari perhitungan nanti, apa yang kamu buat apabila melihat Nabi Ibrahim dibakar sedemikian."

1 comments:

Jika nak mencapai tahap TAQWA di sisi ALLAH, maka perlu lebih teliti dan sensitif dalam semua urusan harian

29 October 2009 at 15:49