pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Permata Syurga

Kembalimu puteri comel kepada Al-Khalik, menitipkan sejuta satu pengajaran, sentuhan perasaan, linangan tangisan sendu dan sayu tatkala mengenangkan ujian yang menduga si kecil. Siratan cekal dan tabah jiwanya menempuhi saringan Allah itu sangat mengetuk pintu-pintu hati kami yang selalu alpa dan lupa. Kau harunginya tanpa rasa mengeluh dan mencemuh, apatah lagi mengaduh, lantaran ujian Tuhan yang dipikulmu. Sesungguhnya, ujian ke atasmu itu, sudah pastinya akan meningkatkan darjat keimanan dan taqwa umi abimu di sisi Tuhan kita, Allahu Rabbi, insyaAllah.


Nur Fatimah Binti Khadijah / Muhammad Ramadhan Fitri
4 Julai 2009 - 22 Oktober 2009
6.20 pg, Hospital Putrajaya
Khamis, 3 Zulkaedah 1430H.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.



Gambar ketika majlis aqiqah Allahyarhamah Nur Fatimah.

Dari Dia kita datang, kepada Dia jualah kita kan kembali.
Nikmat sayang dan kasih yang telah dipinjamkan Tuhan, untuk seketika..menjadi pengajaran buat yang masih alpa dengan keasyikan dunia, dengan sebentarnya dunia ...alfatihah.

0 comments: