Tuai Apa Yang Disemai

Tatkala semuanya tidur, menerjah satu-persatu kemarahan yang dipaksa. Buat apa mahu melenting, sedangkan mereka masih kecil. Hati kecil aku menjawab, "Aku mahu mendidik mereka untuk menjadi manusia yang mendengar kata dan manusia yang sukakan kekemasan dan kebersihan." Bila dari kecil dah biasa, jadilah ia seperti rutin dalam proses tumbesarannya. Medium Positif dan Negatif Apabila diperhatikan, menyuruh dengan nada perintah memang tidak meninggalkan kesan positif. Malah merundung jengkel terhadap jiwa sang anak. Anak-anak kini bukan lagi bodoh. Meskipun seawal usia setahun jagung. Dengan kecanggihan media, bahan tontonan, bahan bacaan, ubat-ubatan dan bahan suplementary serta bahan makanan menyebabkan mereka sudah mula memaksimakan penggunakan hemisfera kanan dan kiri otak mereka. Neuron dan dendrit bersambung secara maksima dan ketika inilah segala input yang diperolehi dirakam dengan amat baik. Menyuruh dengan nada berkasih sayang dan lembut, menatijahkan kesan yang amat ...