Assalamualaikum w.b.t Saudara ***iii5*** yang dirahmati Allah, Andai itu tindakan nekad saudara, saya raikan (mungkin itu yg terbaik buat masa ni) , cuma saya ingin berpesan, supaya pergilah dengan hati yg lapang, pesanan kepada diri saya sendiri, mahupun diri saudara; jangan sampai kita berlalu dengan menyimpan seribu dendam, sejuta amarah dan jengkel di hati terkecil kita. Maafkanlah semua orang supaya kita luhur dan lurus di jalan yg diredhaiNya. Wassalam... ************************ Begitulah lewat email yang dihantar Asiah pagi itu. Dadanya lapang walaupun sebak mendasari jauh di dasar lubuk hatinya. "Masih belum menjadi lagi kali ini", getusnya sendirian. Ya Allah, pasti ada hikmah di sebalik setiap percaturan hidup setiap hambaMu, bukan? Dia tidak mengenali penghantar email berkenaan, tetapi nalurinya seakan dapat meneka siapa penulisnya. Dengan gaya bahasa yang tersendiri, dengan maksud ayat per ayat yang penuh erti dan simbolik. Biarlah Allah sahaja yang menentuka...