Mei & Nostalgia Bersahabat

Begitu cepat rasanya hari berlalu, bulan sudahpun berganti baru.... Sedar tak sedar, itulah sebenarnya realiti yang berlaku...bumi tidak pernah lupa dan berhenti rehat daripada berputar di orbitnya untuk mengelilingi matahari, selagi belum diperintahkan Allah untuk berhenti mahu pun berputar terbalik. Tahniah untuk Elmi, sahabat seperjuangan ketika menabur khidmat di Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Alhamdulillah, semalam sahlah Ustaz Elmi Al-Hafiz bergelar suami kepada sang isterinya. Semoga kehidupan kalian dilimpahi rahmat dan inayah Allah sehingga ke syurga....amin. Bulan ini juga adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan sahabat suka dan duka ketika di kampus dahulu...Puteri Shuhana Abd Manap dan suaminya Hafeez. Semoga kelahiran insan baru yang kedua ini dipermudahkan Allah swt dan menambahkan lagi seri mahligai rumahtangga kalian.....insyaAllah...amin... Sahabat Dynamic @ generasiDyanamic, saya amat merindui kalian....Caah, Ana, Zalin, Huda, Za (maaf banyak-banyak t...