TV Sakit

Sepanjang berpantang adalah masa untuk berehat untuk membaiki sistem dalaman dan luaran badan yang sakit di sana dan sini. Itulah pengalaman seorang ibu, mana-mana ibu hatta ibu kita sendiri. Kalau kita ada seramai 8 orang adik-beradik, bermakna sebanyak 8 kali itulah ibu kita melalui tempoh rencah alami tubuh ini...Walaupun sakit, namun ibu kita tetap sabar melayan karenah si abang dan si kakak baby....lebih malang andai bila si anak dah besar panjang, sudah boleh "berakal" sendiri....menjadi tuan kepada si ibu dan ayahnya....Na'uzubillahi min zalik.. Masa yang terluang, bercuti di rumah mak, saya gunakan untuk memanfaatkan internet di rumah ..di samping menonton televisyen. Motto TV3 menggunakan "Inspirasi Hidupku'', saya rasakan amat menjengkelkan saya selaku penonton. Memang saya amat jarang menonton TV kerana di rumah tidak memiliki TV, memang sengaja hidup begitu...banyak juga bisikan yang memujuk agar meletakkan kotak menyala dengan saratan cerita dan...